Pages

Monday, 25 February 2013

Bagaimana mengatasi perasaan marah


MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu tanpa kawalan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Apabila marah perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab. Apakah tindakan yang perlu kita lakukan ketika rasa marah:-
  • Baca doa "aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam" Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
  • Menjaga pemakanan. Pastikan yang HALAL kerna makanan akan menjadi darah daging.
  • Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
  • Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
  • Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
  • Berdiam diri.
  • Banyakkan berzikir dan selawat.
  • Melakukan amalan seperti solat taubat, buat baik, membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
  • Kegiatan Fizikal - badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi.
  • Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri.
  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.
  • Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

No comments:

Post a Comment