Pages

Friday, 15 February 2013

Buah Delima


Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut. Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Ia mengandungi unsur nutrien seperti vitamin C, niasin, tiamin, fosforus, riboflavin, dan kalsium serta sodium. Bersifat lembap dan panas serta amat baik untuk dada dan paru- paru kerana ia membantu melegakan batuk juga untuk menguatkan perut dan tekak.

No comments:

Post a Comment