AKUPUNKTUR
MAKIN POPULAR
Sejarah membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama di
dunia yang mencatatkan sejarah tentang perubatan Akupuntur dengan lengkap yang
telah ditulis oleh Maharaja China dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yelow Emperor
Canon Of Medicine’ dikarang pada tahun 2000 sebelum masihi.
Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh
dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian
tertentu badan. Di zaman moden ini, alat-alat ini telah diganti dengan menggunakan
jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile,yang diperbuat
daripada berbagai logam seperti Jarum Silver,Cooper dan Jarum Emas.
Diantara banyak
jarum, jarum emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang
dapat mengeluarkan tenaga ’qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum
silver. Pada jarum-jarum
ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum
tersebut dan apabila ditusuk ke sesuatu titik kahas badan,jarum-jarum tersebut
akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut(vibrate), kebas,berat atau
bengkak. Semua rasa-rasa ini dikenali sebagai’Deqi’ mengeluarkan arus elektrik
melalui apa dinamakan sebagai kolentral, channel atau meridian, yang kesemuanya
bisa mengeluarkan kuasa Qi yang secukupnya untuk melegakan atau menyembuh
sesuatu penyakit.
Apakah Bentuk
Akupuntur Moden
Dalam akupuntur
moden hari ini ada berbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur,
diantaranya ialah:
b) Akupuntur Elektrik-
Menggunakan stimulator letrik voltage rendah.
c) Akupuntur Elektonik-
Menggunakan alat elektronik kecil.
d) Akupuntur Bekam Darah- Acu-Bekam mengeluarkan darah
kotor.
e) Akupuntur Bekam –
Angin (Aku-Bekam sedut angin keluar dari badan)
f) Akupuntur Mosibusi-
Akupuntur menghangatkan pada titik
tertentu.
g) Akupuntur Kepala-
(Scalp Acupunture)
h) Akupuntur Telinga-
(Auricular Acupunture)
i)
Akupuntur Mata- Eye Acupunture/Iridology
j)
Akupuntur Urut- Acupressure/Shiatu/Message,Reiki
k) Akupuntur Homeopati-
Integrated Homeopathic & Acupunture- Homeopunture.
Apakah Tusukan
Jarum Akupunktur Pesakit
Kebiasaannya
tusukan jarum akupuntur dimana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan
kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus,lembut dan tajam. Jarum
tersebut diletakkan dibahagian lapisan kulit sahaja diantara 1’cun’ hingga 2
’cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja.Kalaupun
sakit, ia bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja.
Apakah Jarum
Akupunktur Bahaya
Jarum akupuntur
moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disucihama atau
sterile. Setiap pengamal akupunktur sudah pasti pegang jarum terlebih dahulu
sebelum menusukkan kepada badan pesakit.Oleh itu, jika ada bakteria atau hama
tentu doktor dahulu dijangkitinya. Hal ini sama sekali tidak diingini oleh
setiap doktor. Anda tidak perlu
khuatir kerana setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.
Apakah Jarum
Akupunktur Akan merebakkan Aids
AIDS hanya
merebak melalui jarum yang tidak bersih,
yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum
yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa dimasukkan kedalam autoclave.
Apakah
Perbezaan Antara Jarum Biasa Dengan Jarum Akupunktur
Jarum biasa mempunyai
ukuran badan yang besar dan keras. Di dalamnya berongga untuk mengalirkan
ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan.Suntikan dengan jarum-jarum ini
mendatangkan kesakitan 80-90%. Sementara jarum
Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet,
tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah.Sakit pada suntikan
jarum akupunktur hanya 5% sahaja.
Apa Yang Dapat
Disembuhkan Oleh Rawatan Akupunktur
Sebenarnya banyak
penyakit dapat dimanfaatkan oleh pesakit melalui rawatan akupunktur. Badan
Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan
disini adalah baik untuk rawatan akupunktur.
-Resdung
/Sinusitis
-Selesema
/Rhinitis
-Selesema Berair
-Tonsilitis
-Spasma pada Esophagus
-Tersedu /hiccough
-Gastroptosis
-Gastrik
-Duodenal Ulcer,
Colitis
-Sembelit,
Cirit-birit
-Paralysis Usus
Gangguan Mata
Gangguan Mulut
-Sakit Gusi
-Sakit Halkum
Sistem
Pernafasan
Batuk Bronkitis
Asma Bronkial
Neorological
And Musculo-Skeletal Disorder
Rawatan Yang
Dianggap Terbaik Pada Akupunktur
-Sakit Kepala Dan Migrain
-Sakit Urat Saraf
Muka Atau Kepala
-Lumpuh Sebelah
Kepala/Bell Palsy
-Kesan Dari Stroke/
Lumpuh
-Penyakit
Meniere’s
-Masalah Kencing
-Frozen atau
Tennis Elbow
-Sakit
Belikar/Sakit Bahagian Pinggang/Sakit Kerangka Punggung/Sakit Sendi Tulang.
Pembuktian
Penyembuhan
Kaedah rawatan perubatan
akupuntur China Klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang-orang
awam. Dengan mempunyai 3,500 titik akupunktur diseluruh badan, amat sukar bagi
seseorang itu memahami bagaimana titik-titik akupunktur ini mampu memberi
penyembuhan kepada pesakit dengan keizinan allah.
Di Amerika
Syarikat umpamanya, para ahli saintis telah mula menunjukkan minat terhadap perubatan ini dan mula mengkaji
bagaimana tusukan jarum-jarum ini bertindak di atas badan bila diletakkan
ketempat-tempat tertentu. Didalam hasil selidik, mereka dapati aliran tenaga
’qi’ dapat dikeluarkan setiap kali jarum akupunktur ditusuk ketitik-titik
tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini dikeluar dan dikontrol oleh endropin dan
monimin pada bahagian otak. Dengan cara inilah seseorang ahli akupunktur dapat
memberi rawatan yang berkesan dengan hanya meletakkan satu atau dua jarum pada
bahagian-bahagian badan yang telah ditetapkan.
Umpamanya: Untuk
penyakit kencing manis, 2 jarum hendaklah diletakkan disekitar betis dalam
dengan titik yang dinamakan ’Sanjinjio’(SP6). Untuk tekanan
Darah Tinggi, titik-titik ’Bahui’(DU20) dan ’Taichong’(LR3)- digunakan
selama 7 hari berturut-turut, tekanan darah dapat diturunkan sebanyak 20 hingga
30 unit. Untuk sakit
buah pinggang, titik-titik ’Fenshu’(BL13)dan ’Hegu’(LI4) digunakan sebagai
6 terapi berturut-turut dan ianya dapat mengimbangi lebihan protin dan cretinie
dalam buah pinggang dan yang menakjubkan ialah perubatan akupunktur ini dapat
memberi kelegaan serta merta bagi orang-orang yang mengalami
kesakitan-kesakitan yang teruk seperti migrin, sakit bahu, sakit belikat dan
sebagainya dengan keizinan allah.
Bagaimana
Jarum Akupuntur Bertindak
Mengikut satu
kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, Universiti of California didapati bahawa,
bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar
masej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai
endorpin dan memomine, iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan
seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk
melawan penyakit yang dihadapi. Bila ujian MRI dilakukan terhadap terhadap
titik akupunktur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat
dilihat jelas pada imej MRI.
Sumber dari
Clinical Acupuncture & Moxibustion by Prof Dr Nik Omar Bin Haji Nik Daud@
Published by Research Institute Of Medical Acupunture.
No comments:
Post a Comment