Pages

Wednesday, 30 November 2011

RAWATAN AL HIJAMAH/BEKAM /CUPPING,





BERUBAT MENGIKUT NABI- TERAPI  ALTERNATIF BAGI  ORANG ISLAM (PERUBATAN ALTERNATIF TERUNGGUL)

Rasulullah Saw bersabda, "Sesungguhnya cara perubatan yang paling ideal yang kamu pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Sahih Bukhari dan Muslim)



``Jika pada sesuatu yang kamu pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu ialah bekam.”   (Hadis Sahih)
Rahsia kehebatan kaedah kaedah rawatan Rasulullah telah terbukti masa kini.Ketika manusia panik mencari penyelesaian, walaupun di zaman ilmu perubatan yang semakin canggih, masih banyak pesakit yang menemui jalan buntu. Apabila hilang kesabaran dalam menanggung penderitaan dan ditambah dengan kos rawatan dan kesan sampingan yang semakin meningkat, maka semakin ramai beralih kepada kaedah rawatan alternatif dan terapi bersumberkan bahan semulajadi dalam menyembuhkan penyakit mereka. Kaedah perubatan bekam, telah diamalkan oleh Rasulullah sebagai satu testimoni yang sangat kuat, berdasarkan hadis-hadis baginda. Jaminan penyembuhan dan kemujarabannya tidak dapat menandingi kaedah rawatan lain, ini terbukti pada Rasulullah sendiri.

BAGAIMANAKAH MEMAHAMI BEKAM
Adakah anda mendengar istilah bekam? Apakah anda pernah dibekam?”Berbahagialah kalau anda menjawab,``pernah”. Sebab dari seolan yang selalu ditujukan pada kaum muslimin menunjukkan bahawayang belum mendengar istilah bekam sebanyak 80%, sedangkan yang belum pernah dibekam sebanyak 90%.Kenyataan ini sungguh bermakna.Ini kerana bekam sudah dikenali ribuan tahun yang lalu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia hingga saat ini.

Bekam merupakan terjemahan dari hijamah, dari kata al-hajmu, yang beerti pekerjaan membekam.Al-hijmu berti menghisap atau menyedut.Hijamah atau bekam diertikan sebagai peristiwa penghisapan darah dengan alat menyerupai tabung,serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan penyedutan yang kemudian ditampung di dalam gelas.Dilihat sepintas lalu, nampaknya pengubatan dengan kaedah bekam tidak memberi manfaat apa-apa, bahkan kelihatan kono,tidak rasional dan mengada-ngada. Apabila dibandingkan dengan penggunaan moden yang memakai ubat-ubat sintetik serta pembedahanyang memerlukan belanja mahal.



Bekam lebih praktis, tanpa kesan sampingan, murah dan boleh mengatasi banyak penyakit yang tidak boleh ditangani oleh kedoktoran moden.
Memang, sekarang ini segala sesuatu berbau `barat’ yang didominasikan orang Nasrani dan Yahudi nampak indah menyenangkan dan menyembuhkan.Ini memang usaha mereka untuk menjauhkan kaum muslimin dari kitabnya, al-Quran. Mereka mengetahui bahawa apabila kaum muslimin berpegang teguh pada ajarannya, pastilah mereka akan berjaya dan menguasai dunia, seperti yang pernah dialami oleh umat islam pada abad 8- 12 Masihi, dimana waktu itu ilmu kedoktoran berkembang menguasai daratan Eropah, sehingga muncullah doktor-doktor muslim dengan kedoktoran islamnya, seperti `Ali ` Abbas Al-Majusi, Abu Bakar Ar-Rozi, Al- Biruni, Ibnu Sina, Az-Zahrowi,Ibnu Maimun,Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dan lain-lain.


Padahal waktu itu kaum Nasrani sendiri susah untuk meningkatkan keilmuannya, kerana terikat dengan pendapat gereja yang menyebut pengetahuan moden bertentangan dengan Bibel. Inilah menyebabkan kaum Nasrani beramai-ramai meninggalkan ajarannya,termasuk dalam bidang kedoktoran. Kaum muslimin hanya asyik menumpukan pada ibadah harian ,solat,puasa,haji,sehingga sains dan kedoktoran dikuasai sepenuhnya oleh orang-orang Nasrani dan Yahudi.


Kaum muslimin jarang sekali mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Nabi s.a.w yang sangat lengkap. Di antara sebahagian kedoktoran warisan Nabi yang dilupakan itu adalah bekam.Bahkan mendengar pun belum pernah. Malahan ilmu bekam diserahkan ke dunia barat,sehingga mereka melakukan penelitian dan pembuktian terus-menerus, yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan sehari-hari,walaupun mereka tidak menamakannya bekam, tetapi tetap memakai prinsip kerja bekam, menyedut darah dan mengumpulkannya dan mengeluarkannya, dengan teknik dan teknologi canggih.


Hingga muncullah ahli bekam dari negara barat,seperti:
 Doktor Michael Reed Gach dari California dengan bukunya ’Potent Poins, A Guide To Self Carefor Common Ailments’. (Titik-titik Berkhasiat Sebagai Panduan Perawatan Diri Dan Pengubatan Penyakit Umum).
Atau penelitian Kohler D (1990) dengan bukunya ’The Connective Tissue As The Physical Medium For Conduction Of  Healing Energy In Cupping Therapeutic Method.(Jaringan Ikat Sebagai Media Fisik Untuk Menghantar Tenaga Pengubatan Dengan Bekam)
Atau tulisan Thomas Anderson (1985) yang berjudul ’100 Diseases Treated by Cupping Method’.(100 Penyakit Yang Dapat Diubati Dengan Bekam).
Ini ternyata sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. sekitar tahun 600 M yang diriwayatkan oleh At-Thabrani, bahawa pembekaman pada satu cara disekitar tengkok saja dapat menyembuhkan 72 penyakit . Rasulullah s.a.w bersabda:

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam ditengkok, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh penyakit.”

Ketika kaum muslimin mengetahui perkara ini, mereka kehairanan,dan mengagung-agungkan bahawa itulah kaedah pengubatan barat yang canggih. Padahal, ketahuilah itu adalah ilmu yang mereka tinggalkan dan diserahkan kepada orang-orang barat,seperti yang telah disampaikan olehImam Syafie yang menyesali kealpaan kaum muslimin terhadap ilmu kedoktoran. Beliau mengatakan:

"Mereka (kaum muslimin) mengabaikan sepertiga ilmu dan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani."

Di tengah derasnya serbuan pengubatan moden mahupun alternatif dari negara barat, China dan India yang menyerbu lingkungan kita yang tidak menyembuhkan secara sempurna, tetapi malahan menimbulkan komplikasi yang lebih berat, memaksa kita untuk menggunakan bahan dan cara yang haram, bahkan dapat membawa kita kepada perbuatan syirik. Oleh itu kita harus berusaha untuk memperkenalkan salah satu dari kaedah pengubatan yang berdasarkan wahyu Allah melalui Nabi Muhammad s.a.w. kepada kaum muslimin.

BERBEKAM & RELEVANNYA PADA HARI INI
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah dalam hadis hasan gharib Nabi Muhamad menceritakan berkenaan Israk dan Mikraj dan beliau bertemu dengan kumpulan para malaikat mereka menasihati beliau supaya memberitahu umat berkenaan kepentingan berbekam.

BERBEKAM PADA ZAMAN NABI
Berbekam bermaksud mengeluarkan darah bagi tujuan kesihatan, contohnya bagi merawat dan mencegah penyakit. Dalam ilmu perubatan moden berbekam dikenali sebagai venesection, venipuncture atau phlebotomy. Hadis yang disebutkan sebelum ini menunjukkan berbekam akan terus menjadi relevan sehingga ke akhir zaman.

ANGGOTA BEKAM

Menurut Abu Daud dan Ibnu Majah, pada zaman Nabi beliau berbekam dengan mengeluarkan darah di bahagian kepala, diantara dua bahu  dan di bahagian kaki.
Abu Kabshah al-Althamari melaporkan, Nabi sering kali berbekam di bahagian kepala dan diantara dua bahu beliau. Dalam perubatan moden yang membawa maksud darah kotor adalah venous blood yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan kumuh yang lain.

WAKTU-WAKTU BERBEKAM
Nabi menggalakkan seseorang berbekam secara sedikit-sedikit dan daripada semasa ke semasa
Menurut  Abu Daud  Nabi berkata, 

"Barangsiapa berbekam pada hari 17,19,21 pada setiap bulan, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit".

 






No comments:

Post a Comment