Pages

Tuesday, 26 February 2013

Hutang



Roh orang yang berhutang tertahan di ashhbul A’raf walaupun mati syahid. Ayat Al Quran paling panjang dalam surah yang paling panjang ialah mengenai hutang. Dan ayat hutang itu asal mulanya hanya tentang sebuah bekas air! Oleh itu jika rezki ada yang datang menjengah, katakan pada diri ini, “ini ‘bantuan’ Allah untuk melunasi hutang-hutangku. Aku akan makan-minum sekadarnya, menggunakannya hanya di tahap keperluan dan selebihnya digunakan untuk membayar hutang!”

Dan mulai saat ini, cubalah berazam tidak akan berhutang hanya untuk ‘melebihi’ kadar keperluan dan kemampuan hidup. Kita sepatutnya malu… bila harga diri dipertaruhkan sebagai ‘deposit’ untuk berhutang. Teringat kata Saiyidina Umar, “jika minum seteguk air di ketika sangat dahaga itu akan menjatuhkan harga diriku… nescaya aku tidak akan meminumnya!” Ya, alangkah berertinya hidup ini jika kita ‘memberi’…

Dan memberi paling utama ialah ‘memulangkan’ semula hak kepada pemiliknya.

Memberi tak pernah rugi



berhentilah mencari yang terbaik...tetapi, jadilah yang terbaik kepada pasangan kita.
Kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Gunakan kelebihan kita menutupi kekurangan dirinya,
dan kelebihan dirinya akan menutupi kekurangan diri kita...
Itulah kebahagiaan hidup...insyallah

Monday, 25 February 2013

Bagaimana mengatasi perasaan marah


MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu tanpa kawalan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Apabila marah perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab. Apakah tindakan yang perlu kita lakukan ketika rasa marah:-
  • Baca doa "aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam" Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
  • Menjaga pemakanan. Pastikan yang HALAL kerna makanan akan menjadi darah daging.
  • Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
  • Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
  • Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
  • Berdiam diri.
  • Banyakkan berzikir dan selawat.
  • Melakukan amalan seperti solat taubat, buat baik, membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
  • Kegiatan Fizikal - badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi.
  • Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri.
  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.
  • Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

Sunday, 24 February 2013

Penawar Kanser -B17

Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu meningkatkan kesihatan sekaligus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kronik metabolik. Selain kaya dengan Vitamin B17 yang dapat membantu merencat perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di tubuh badan."

Friday, 15 February 2013

Buah Delima


Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut. Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Ia mengandungi unsur nutrien seperti vitamin C, niasin, tiamin, fosforus, riboflavin, dan kalsium serta sodium. Bersifat lembap dan panas serta amat baik untuk dada dan paru- paru kerana ia membantu melegakan batuk juga untuk menguatkan perut dan tekak.

Thursday, 14 February 2013

Info Lokasi Pusat Rawatan

Sila Hubungi:

1) Hj. Sayed Sharifudin Jamalulail  +6012 2073777
2) Hjh. Marina Mohamad  +6012 661 8355


Semua diagnosis dan terapi akan dilakukan oleh Herbalist KPJ yang bertauliah. Rawatan dan terapi bagi pesakit wanita akan dilakukan oleh Herbalist KPJ wanita. Semua rawatan akan dijalankan di Pusat Rawatan Assayed (sila rujuk alamat dan peta lokasi). 

Senarai Ahli Panel Herbalist KPJ yang terlibat membuat diagnosis dan rawatan:
1. Hj. Sayed Sharifudin Jamalulail (Herbalist KPJ)
2. Hjh. Marina Mohamad (Herbalist KPJ)

3. Sharifah Nabilah (Physician Dip. TCM, MSU) 
4. Us. Hisham Mohamad (Herbalist KPJ)

Untuk membuat rawatan, sila hubungi no. telefon di atas untuk tetapkan temujanji sebelum hadir ke pusat rawatan atau hubungi HOTLINE: +6 012 661 8355

Alamat Lokasi Pusat Rawatan:

PUSAT RAWATAN ASSAYED
No. 41-1, Jalan Adenium 2G/7
Pusat Perniagaan Adenium
Seksyen BB5, Bandar Bukit Beruntung
48300, Rawang
Selangor, Malaysia

Peta Lokasi





Wednesday, 13 February 2013

Food Marketing Translations

No Sugar Added
Instead, we have included  variety of sweet tasting carcinogenic chemicals.

Artificial Flavoring
A horrible mix of chemicals that will trick your brain into thinking you are eating something healthy.

Natural Favoring
A tiny drop of lemon or something added to the chemical crap listed in item two.

Low Fat
Instead of fat, we have added a chemical cocktail that is worse than fat ever was.

An essencial source of vitamins and minerals
We have added a salad of unavailable vitamins and minerals to hide the rest of the garbage that we are     feeding you and your children

Makanan yang Lazat atau Berzat atau Berkat

Kalau kita bercakap mengenai BEKAM...

maka kita sgt yakin dan percaya bahwa hadisnya sohih dan dijadikan bahan kajian dan rujukan
namun selain bekam sebenarnya banyak terapi lain yg boleh kita pelajari dalam mengubati penyakit manusia kini, HERBA juga sama...
yg jelas, seseorang itu sakit bukan kerana takdir, faktor usia atau herba TETAPI adalah kerana apa yg dimakan dan diminumnya.
jadi pelajari juga ilmu NUTRISI atau DIET
kerna kuncinya di sini....setujukan?
ada hadis berkata PERUT itu adalah gudang segala penyakit.....

Thursday, 7 February 2013

"People are fed by the food industry, which pays no attention to health, and are treated by the health industry, which pays no attention to food"- Wendell Berry
 

Wednesday, 6 February 2013

Minyak Sari Buah Merah

  
Buah Merah (PANDANUS CONOIDES LAM) adalah tanaman yang tumbuh di dataran tinggi Papua. Juga sebagai makanan tambahan harian dan baik untuk pencegahan penyakit seperti Bronchitis / Asma, Barah / Tumor, Kencing Manis, Penyakit Mata, Penyakit Jantung, Peredaran Darah, Kekuatan Badan, Buasir, Hepatitis, HIV / AIDS, Gangguan Hormon, Darah Tinggi, Awet Muda, Penyakit Kulit, Insomnia / Masalah Tidur, Kekuatan Batin, Tulang Rapuh, Rematik / Sakit Sendi, Stress / Kemurungan, Strok / Lumpuh, Penyembuhan Luka, Gastrik / penyakit perut

Mengandungi aktif senyawa yang tinggi untuk anti inflamasi, anti-penuaan, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sel tubuh dan imunologi manusia. Minyak buah merah mengandungi tokoferol (vitamin E) dan betakaroten yang sangat tinggi. Kedua senyawa ini berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta mencegah pembiakan sel-sel kanser. Selain itu buah merah juga mengandungi Omega 9 dan Omega 3 yang tinggi dosnya. Asid lemak yang terkandung dalam buah merah juga merupakan antibiotik dan antivirus.

Hubungi kami untuk mendapatkan produk ini.