Pages

Monday, 26 August 2013

Strok dengan hijamah dan akupuntur

Penyakit kardio serang tanpa mengira usia.

Mungkin ramai tidak terlintas dalam fikiran, strok boleh menyerang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja remaja. Malah ramai tidak mengambil kisah dan sering menganggap, penyakit itu hanya dideritai orang tua atau individu berusia yang tidak aktif serta obes. Kini, masalah strok tidak hanya mensasarkan mereka berusia 50 tahun ke atas tetapi turut dihidapi golongan muda. Bukan saja individu berusia 45 tahun ke atas lebih terdedah kepada strok pendarahan, malah yang berusia muda ini juga jangan sesekali menangguh berjumpa doktor." Dr Mak Choon Soon, Perunding Neurologi, Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur. Kadar kematian disebabkan strok turut dilaporkan akan meningkat hampir dua kali ganda, menjelang 2020 dan ia menjadi penyakit keempat tertinggi di negara ini.

Di Amerika Syarikat pula, mendapati ada kesan peningkatan strok kalangan golongan muda. Laporan menunjukkan kanak-kanak seawal usia 8 tahun diberikan ubat statin jika mereka gemuk. Penggunaan ubat-ubatan statin merendahkan kolesterol dalam badan dan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko lebih besar kepada strok.

Klasifikasi strok

Justeru, impak angin ahmar atau strok seharusnya digeruni. Ia berlaku disebabkan saluran darah membawa zat makanan (nutrien), oksigen ke otak tersumbat dan pecah, seterusnya menyebabkan anggota badan dikawal sel saraf tidak dapat berfungsi. Bagaimanapun, disebabkan kurang fahaman, ada juga menyangkakan penyakit itu berpunca akibat serangan jantung.

Dr Mak Choon Soon, berkata penyakit itu juga boleh berlaku akibat tekanan terlampau tinggi pada bahagian otak seterusnya menyebabkan salur darah dalam otak pecah. Penyakit ini dikategorikan kepada dua jenis iaitu pembuluh darah (trombus) tersumbat mengakibatkan oksigen dan darah terganggu serta adanya pembuluh darah pecah. Biasanya strok pendarahan berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat. Ia lebih berbahaya berbanding strok bukan pendarahan kerana serangannya boleh menyebabkan ajal manakala peluang pemulihan sepenuhnya tipis,” katanya.

Gejala serangan

Serangan penyakit strok itu, kata Dr Mak, tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Fungsi bahagian berlainan dalam badan dikawal oleh bahagian berbeza dalam otak. Gejala berbeza bergantung kepada bahagian otak terjejas dan pada saiz kerosakan. Gejala yang timbul biasanya termasuk satu atau lebih. Antara gejala strok ialah ia terjadi secara tiba-tiba, pesakit terasa kebas sebelah badan sama ada kaki atau tangan, butir percakapan tidak difahami dan sakit kepala teruk atau pening secara mendadak. Pesakit juga mungkin mengalami muntah dan tidak seimbang atau stabil ketika berjalan dan nampak keliru. Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok. Kecederaan saraf otak serius boleh menjejaskan neurologi (sistem saraf), pergerakan, pertuturan, watak, penglihatan, pendengaran mahupun memori. ia juga mengakibatkan pesakitnya mengalami masalah dimentia iaitu kemerosotan dalam fungsi kognitif akibat kecederaan atau penyakit pada otak.

Risiko boleh dielakkan

Kehidupan remaja yang tidak sihat berkecenderungan mengundang penyakit berbahaya ini dan menyerang secara senyap termasuk menerusi jangkitan virus. Oleh itu amalan pola sihat amat penting bagi mengelakkan serangan maut itu terutamanya dalam pengambilan pemakanan seimbang. Melakukan al hijamah, akupuntur, bersenam boleh mengembalikan kesihatan. Jika mempunyai diabetes, rawatan untuk menyimpan gula dalam darah anda dengan seberapa normal yang mungkin adalah penting. Pastikan tekanan darah diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika tinggi, ia boleh dirawat. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala, tetapi boleh merosakkan arteri.

Jangan tangguh

Katanya, individu diserang strok perlu dihantar ke bahagian kecemasan selewat-lewatnya empat jam jika ada tanda-tanda supaya doktor boleh membuat pemeriksaan. Satu daripada perkara penting pastinya tahap kesedaran pesakit untuk elak keadaan bertambah parah. "Jika pesakit diserang strok dan jatuh koma peluang mungkin sukar. Bukan saja individu berusia 45 tahun ke atas lebih terdedah kepada strok pendarahan, malah yang berusia muda ini juga jangan sesekali menangguh berjumpa doktor.

“Doktor biasanya boleh mendiagnosis strok daripada gejala yang biasa dialami pesakit. Ujian biasa dilakukan termasuk imbasan otak. Ini bagi menentukan jenis strok dan menentukan menyebabkan strok atau mungkin menyerupai gejala sama. Remaja yang diserang juga akan menjalani proses seperti ujian darah untuk memeriksa paras gula di dalam darah dan kolesterol serta ujian X-ray pada dada dan ECG untuk mengesan jantung atau paru-paru,” katanya.

Faktor penyebab strok:

* Trauma.

* Penyakit salur darah dalam otak:
a) Salur darah boleh rosak (aneurysm). Seperti belon, ia mengembang dan pecah.
b) Vasculitis (jangkitan pada salur darah).
c) Kongenital (sejak lahir).

* Masalah Arterio-Venous Malformation (AVM) iaitu gumpalan saluran darah yang tidak normal dan tidak mempunyai kapilari di antara arteri dan vena.

* Pesakit mengambil ubat pencair darah seperti pesakit jantung/ menagih kokain.

* Amylodysis - penyakit golongan yang biasanya berusia 75 tahun ke atas disebabkan salur darah mudah pecah.

* Kanser dalam otak menyebabkan pendarahan.

Masalah yang mungkin berlaku:

* Masalah dengan keseimbangan dan penyelarasan.

* Masalah untuk menelan makanan. Dalam kes tertentu, ia boleh membahayakan kerana makanan mungkin memasuki hujung salur udara dan tidak turun ke tekak apabila anda makan.

* Kesukaran dengan proses mental. Sebagai contoh, mengalami kesukaran dalam pembelajaran, tumpuan mahupun mengingat.

* Emosi terjejas. Berikutan strok, sesetengah orang mungkin menangis atau ketawa pada masa tertentu tanpa alasan jelas.

Jenis ujian yang diperlukan:

Tahap sedar pesakit akan menentukan rawatan susulan yang dijalankan selain usia dan jenis penyakit lain mungkin dihadapi pesakit. Ada dua jenis rawatan iaitu rawatan perubatan dan rawatan pembedahan.

* Untuk pesakit muda dengan tahap kesedaran kurang dan saiz pendarahan besar, pembedahan mungkin perlu dilakukan selain merawat punca.

* Pembedahan biasanya dilakukan untuk membuang darah beku dan mengurangkan tekanan di dalam otak.

* Serangan strok juga boleh dirawat secara perubatan seperti menjalani fisioterapi tapi mengambil masa lama untuk pulih kira-kira setahun.

* Bagaimanapun, pesakit tidak pulih 100 peratus kerana ketika berlaku pendarahan, bahagian otak terbabit mengalami kerosakan. Walaupun pembedahan dilakukan, bahagian mengandungi darah beku itu sudah terjejas.

* Tidak seperti organ lain, otak tidak mempunyai kemampuan sembuh sendiri. Terapi rehabilitasi penting bagi memulihkan pesakit yang mengalami strok.

sumber: Berita Harian

Thursday, 18 July 2013

Mengapa Herba tidak berkesan?



Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini samaada dalam diri kepada teman dan keluarga. Berjumpalah dengan herbalis anda pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapatkan pandangan dan nasihat kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.

Seorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.

SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN

MASALAH “MIND SET”
Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.

TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.

PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix, air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari, sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan, pengawalan suhu badan, pencernaan dan semua aktiviti badan.

Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic (mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititikberatkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti yang anda semua sedia maklum, herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakit yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma, penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak, pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama, jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.

PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba, jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi, rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan, kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.

DOS YANG TIDAK MENCUKUPI
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi ia tidak akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).

MEROKOK
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).


sumber: jawi herbs shop

Pentingnya minum air yang mencukupi

Air sangat penting dalam kehidupan manusia dan hampir 75 peratus air berada dalam otak manusia. Minum air dengan kerap baik untuk membuang segala toksin. Masih ramai yang tidak faham istilah minum air sebanyak lapan gelas sehari dengan lebih kerap. Jika pengambilan air tidak dilakukan secara berterusan kerana badan dan otak menjadi lemah. Ini kerana mereka yang minum air akan mendapati diri mereka bertenaga. Jadikan minum air sebagai hobi. Pastikan minum air sebagai aktiviti harian walaupun diakui ia menyebabkan anda begitu kerap membuang air.

1) Jangan minum lapan gelas air sekali gus dan tidak mengulanginya sepanjang hari.

2) Kuantiti minum air bergantung kepada cuaca dan aktiviti anda.

3) Lebih banyak anda kehilangan air sepatutnya lebih banyak yang perlu diminum.

4) Jika minum terlalu banyak tanpa membuang air dibimbangi mengalami keracunan air atau situasi elektrolit tidak seimbang.

5) Air adalah penahan selera secara semula jadi.

6) Ingat, kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga.

Gejala kekurangan air dalam tubuh

Letih dan kurang tumpuan terutama - bagi tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air untuk mengeluarkannya.

Pening - Salah satu fungsi air adalah membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Oleh itu, walaupun mengalami kekurangan air sedikit, ia berpotensi menyebabkan pening.

Sembelit - Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.

Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

Mulut berbau - Cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan sisa makanan berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk.

Mulut kering - Situasi ini kerap berlaku apabila kurang minum kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyahhidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.

Sunday, 23 June 2013

Makanan yang halal dan bersih sucikan hati

Keperluan nutrisi perlu diambil secara sederhana elak kesan negatif

Pengambilan makanan yang sihat satu keperluan utama manusia dalam meneruskan kehidupan dan melakukan aktiviti seharian. Agama Islam sangat menitik berat pola pemakanan kerana aspek pemakanan berkait rapat dengan amalan keagamaan serta amal ibadah umat Islam. Bagi memastikan ibadah diterima Allah, kita perlu memastikan hati berada dalam keadaan suci.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Penyucian hati bermula daripada sumber makanan yang halal dan bersih, jika bersih makanan dipilih maka bersihlah hati. Jika pilihan makanan terdiri daripada sumber yang kotor dan rosak, maka hati akan terbentuk sebaliknya. Maka dengan itu, Islam menggesa penganutnya memilih makanan yang baik, halal lagi suci. Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Dr Syeikh Yusof Al-Qardhawi mentafsirkan halal sebagai sesuatu yang diharuskan yang terungkai padanya ikatan larangan dan diizinkan oleh syarak untuk melakukannya. Baik pula membawa maksud sesuatu yang bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak.

Larangan makan daripada sumber haram

Oleh itu, makanan halal lagi baik adalah makanan yang bersih zatnya, suci perolehannya serta bebas daripada sebarang kemudaratan. Islam sangat melarang keras umatnya memilih makanan daripada sumber haram. Sesuatu yang haram apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia akan membawa kepada kemudaratan yang nyata. Baginda telah memberitahu jika hamba Allah mengambil sesuatu daripada yang haram sebagai hidangan, maka hatinya akan menjadi gelap, jiwa resah, amalan tidak diterima Tuhan, doa tidak dimakbulkan, cintakan kemaksiatan, benci perkara kebaikan serta menjadi calon penghuni neraka.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Saad, perbaikilah makananmu, nescaya kamu menjadi orang yang dimakbulkan doanya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, sesungguhnya seseorang hamba yang melontarkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama 40 hari. Sesiapapun yang dagingnya tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak membakarnya.” (Riwayat Muslim)

Pengambilan makanan yang baik juga memberikan kesihatan optimum kepada tubuh badan manusia sama ada dari segi rohani juga jasmani. Islam mengajak umatnya mengamalkan gaya hidup sihat kerana kesihatan yang baik adalah nikmat terbaik dianugerahkan Allah SWT.

Baginda bersabda: “Tiada nikmat yang lebih agung setelah iman selain nikmat kesihatan.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kesan negatif jika makan berlebihan

Makanan dan minuman adalah keperluan nutrisi yang sangat diperlukan tubuh manusia. Walau bagaimanapun, jika diambil secara berlebihan, ia boleh mengundang kesan negatif. Baginda SAW menegaskan pengambilan makanan hanyalah untuk keperluan tubuh dan menegah mengambilnya dalam kuantiti berlebihan. Baginda juga mengajar tip bersederhana ketika menikmati makanan iaitu makan sebelum lapar serta berhenti sebelum kenyang.

Sabda baginda: “Kami adalah kaum yang tidak makan kecuali lapar dan apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang.” (Riwayat Ahmad)

Segelintir masyarakat di Malaysia terlalu boros dalam pemilihan pemakanan serta mengambil enteng mengenai pengambilan makanan sihat. Akibatnya, mereka terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes, darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar. Lebih merunsingkan, sebahagian daripada mereka juga terdedah kepada penyakit hati seperti sombong, bongkak, kedekut, keras hati, serta terjerumus dalam maksiat disebabkan makanan diperoleh melalui sumber yang diragui soal halalnya. Janganlah kita bermewah-mewah dalam pemilihan makanan kerana matlamat kehidupan bukan untuk makan semata-mata tetapi meneruskan hidup sebagai seorang khalifah dan mengabdikan diri kepada Allah.
 
sumber:berita harian

Thursday, 6 June 2013

Mukjizat membaca Al-Quran

Menenangkan jiwa dan dapat mengawal marahKehidupan di dunia yang penuh pancaroba kini memaksa manusia supaya lebih bersabar dalam menjalani kehidupan seharian. Kadangkala kebahagiaan dan penderitaan datang bersilih ganti. Perkara sebeginilah yang menguji daya tahan kekuatan seseorang Muslim sebenarnya sama ada mampu mengawal emosi ataupun sebaliknya. Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan yang dihadapi. Kebiasaannya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi. Namun, kita perlu sentiasa ingat bahawa Ibnu Mas’ud pernah berkata, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.

Baca al-Quran merawat emosi Masyarakat Islam seharusnya sedar ubat paling mujarab untuk merawat emosi di kala ditimpa kesusahan adalah dengan membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan dan sering dilupakan kecuali apabila tiba bulan Ramadan saja. Kitab suci teragung ini mampu memperkukuh kekuatan dalaman dan memberikan ketenangan jiwa dalam diri manusia selain menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut. Muslim mengetahui dengan membaca al-Quran akan mendapat pahala, namun tidak ramai yang tahu membacanya adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’ ayat 82). Ayat ini menjelaskan sesungguhnya orang yang mengamalkan ayat suci al-Quran akan mendapat rahmat melaluinya.

Firman Allah lagi bermaksud: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57). Ini jelas menunjukkan masalah jiwa dan emosi boleh dirawat melalui amalan pembacaan al-Quran.

Ubat penyakit jiwa Amalan ini diakui dalam mengubati penyakit jiwa atau psikoterapi. Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca al-Quran. Lebih lama kita membacanya, jiwa menjadi semakin aman dan tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya yang rajin berusaha untuk mendapatkannya. Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya ketika ditimpa masalah saja.

Membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah. Allah membekalkan mukjizat teragung al-Quran sebagai rahmat dan mereka yang membaca atau mendengar bacaan ayat suci itu akan diberikan Allah kekuatan dalaman. Ayat al-Quran yang boleh dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin. Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran. Sahabat Rasulullah, Abu Hurairah ada berpesan: “Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran dan akan banyaklah kebajikan dalam rumah itu dan akan datanglah malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran, akan mendatangkan kesempitan kepada penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”

Emosi marah sebagai contoh dapat dikawal dengan melakukan pergerakan fizikal kerana ia mampu melenturkan dan meredakan ketegangan saraf otak.

Mengambil air wuduk dapat mengatasi marah Sabda Rasulullah, “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, pada hal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wuduk untuk bersuci dan lakukan solat sunat dua rakaat.” Sesungguhnya air wuduk mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya.

Amalan pembacaan al-Quran seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana ternyata ia mampu merawat jiwa dan emosi manusia tatkala ditimpa dugaan dan kesusahan kelak. Namun, kita perlu sentiasa ingat ujian yang diberikan kepada kita adalah untuk menguatkan lagi hubungan kita dengan Allah supaya kita tidak lalai dalam beribadat kepadanya.

Tuesday, 4 June 2013

Pengurusan Kewangan Berhemat

Dalam kehidupan hari ini, adakah wang boleh membeli segala-galanya. Adakah wang yang mencukupi amat diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kehidupan tanpa wang menyebabkan diri dan keluarga berada dalam kesukaran, tidak sempurna dan berdepan bahaya. Dalam hal ini, sukar untuk membayangkan kehidupan segelintir masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mencari rezeki, tetapi sudah biasa berdepan dengan situasi ketiadaan wang. Namun, hakikatnya keadaan ‘terputus wang’ juga turut berlaku kepada mereka yang mempunyai kerjaya. Keadaan ini berpunca kegagalan mengurus kewangan hingga menyebabkan mereka berhutang atau perbelanjaan melebihi pendapatan.

Hutang adalah jalan penyelesaian sementara, tetapi jika gagal diuruskan dengan baik, hutang boleh menyebabkan hidup menjadi lebih buruk seperti bankrap. Justeru, Islam menganjurkan umatnya mengatasi masalah menerusi pengurusan kewangan secara berhemat dan mengelak sikap boros. Islam mengajar umatnya supaya hidup secara bersederhana terutama dalam aspek perbelanjaan untuk meneruskan kehidupan seharian. Rezeki yang diperoleh perlu dibelanjakan dengan sebaik. Membeli sesuatu yang tidak diperlukan tanda sikap berlebih-lebihan. Sikap itu dicela dalam Islam. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan jangan kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-Anam, ayat 141)

Islam turut menggalakkan umatnya menabung dan berjimat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Simpan sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari). Perbuatan berbelanja melebihi keupayaan kewangan melambangkan sikap lupa diri. Dalam hal ini, umat Islam perlu menyedari harta dimiliki anugerah daripada Allah SWT untuk dibelanjakan untuk tujuan kebaikan.

Belanja boros

Firman Allah yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampaui batas.” (Surah al-Israk, ayat 26). Jika tips yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunah ini diabaikan, maka ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan umat kini.

Wednesday, 22 May 2013

Manfaat Berbekam



Pada malam aku diisra'kan, aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
  "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT". (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia." "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya."  (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim) "Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)


Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

Dari Salma, seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah". Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit." Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."



"Berbekam pada siang hari sebelum makan adalah yang terbaik di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat serta menambah kekuatan akal dan hafalan."


KEDUDUKAN TUKANG BEKAM


Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam kerana ia mengeluarkan darah, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."

Ada hadits pendek namun sarat makna dikutip Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya: "sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain."

Kelebihan berbekam sangat banyak. Diantara manfaatnya adalah untuk membuang racun dan toksid dipermukaan kulit atau lebih dikenali sebagai detokfikasi darah iaitu dengan cara membuang angin atau darah kotor dari badan. Bagi orang yang takut dengan darah memadailah dengan berbekam angin (dry cuppping). Rasulullah S.A.W bersabda" sesunguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan".

Sila hubungi kami di talian 012-6618355 untuk mendapatkan rawatan ini.

Tuesday, 21 May 2013

Menjaga Hati

SUATU hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?" Murid-muridnya menjawab: "Ya." Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang. Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hati manusia selalu berubah-ubah. Ia sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati. Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman. Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri. Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara:
1. ketika melakukan solat,
2. membaca al-Quran; dan 
3. ketika berzikir.
Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup." Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah. Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat." Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang soleh." Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan. Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

Artikel © Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 15 April 2013

Khasiat buah mengikut warna

SUMBER antioksidan terbaik berasal daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun, ramai yang tidak mengenali buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Penting bagi kamu mengetahui pengambilan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Ini kerana ia mampu membantu melawan penyakit tertentu. Hasil kajian mendapati kandungan antioksidan pada buah-buahan lebih tinggi berbanding makanan lain. Malah, kebanyakan buah-buahan antioksidan mengandungi pelbagai jenis khasiat yang mana jika diambil secara kerap, ia dapat mengekalkan tubuh yang sihat. Pengambilan buah-buahan antioksidan secara konsisten pula dapat membantu melawan radikal bebas di dalam tubuh yang menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan. Selain itu, penting untuk kamu ketahui khasiat-khasiat lain supaya jadual pengambilan buah-buahan antioksidan kamu lebih seimbang dan teratur. Pengambilan buah-buahan antioksidan mengikut warna. Menyusun jadual pengambilan buah-buahan antioksidan mengikut warna buah yang berbeza.

Artikel : utusan.com.my

Tuesday, 9 April 2013

Pemakanan anak yang sihat

Cuba tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri.

- Hidangkan makanan/kudapan yang menyihatkan.
- Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV/ menyiapkan kerja rumah.
- Jadikan waktu makan suasana yg gembira dgn menjamu selera seisi keluarga.
- Galakkan mereka memberi perhatian kpd perut mereka dan makan hanya apabila lapar.
- Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan nikmati makanan tersebut.
- Jgn menyimpan byk makanan ringan berlemak tinggi yg tinggi kandungan gulanya.
- Jgn jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.
- Libatkan mereka bila menyediakan makanan kerana ini menyedarkan mereka tentang apa yg dimakan.
- Jgn jadikan makanan sbg umpan menenangkan anak-anak.

 
Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran kerana ia akan mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan. Contohnya elakkan makan makanan segera untuk meraikan laporan peperiksaan yang menggembirakan, sebaliknya belikan hadiah, tonton wayang, atau jemput rakan-rakan bermalam di rumah. Apabila kanak-kanak yang perlu memperbaiki tabiat pemakanan meningkat dewasa, mereka digalakkan menyimpan diari makanan, untuk mencatat apa yang mereka makan berserta waktunya. Penting untuk kita menyedari 'waktu bahaya' mengambil makanan ringan dan mencari strategi untuk mengalih perhatian daripada makanan, atau ke arah pilihan yang lebih menyihatkan. Kajian menunjukkan bahawa menyusukan bayi, walaupun seketika, boleh mengurangkan risiko obesiti pada usia tua. Ibu bapa yang menggemari diet sihat yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak mereka. Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah. Galakkan kegiatan jasmani sebaik sahaja mereka boleh berjalan.

Wednesday, 27 March 2013

Bersangka baik

Gaut

7 FOODS THAT PREVENT GOUT


Share | Like | Comment l Repost
http://www.facebook.com/pages/Rawforvitality/177654739026014


Gout is a disease that is caused by uric acid build-up in the body. Uric acid is formed when the digestive system breaks down purines in our food. A diet low in purines helps by allowing excess uric acid to be flushed out in the urine.

Are you aware of the negative effects of increased uric acid levels in your body?

It can cause Gout, which is a complex form of Arthritis. If the uric acid level increases in the bloodstream, it starts to crystallize into needle shaped crystals in the connective tissues of the joints and cause an unbearable arthritis pain also known as gout. A study conducted by the University of Maryland Medical Center, proved that middle aged men are more prone to develop gout than women.
According to National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases (NIAMS), gout develops in 4 stages:

Asymptomatic gout: This is the stage where no treatment is necessary because the uric acid levels start to elevate but no symptoms are visible.
Acute gouty arthritis: Also known as Hyperuricemia is the stage when crystal formation in the joint spaces takes place. Symptoms include pain and inflammation of joints, but usually the attacks subside within three to ten days without treatment.
Interval gout: It is a no pain stage that takes place between acute joint pains and normal functionality of the joints.
Chronic tophaceous gout: The most intense stage of gout occurs after many years of the initial stages and it causes permanent damaging effects on the joints and in some cases also damages the kidneys.

Symptoms of gout include excruciating pain, redness and swelling of affected joints and usually the joint of the big toe is affected.

The best way to avoid gout is keep a regular check on the diet and avoid foods that cause an increase in uric acid levels. There are also some foods that can actually cause a relief from gout problems.

Purines are the natural substances found in the body and many foods, when these purines break down they result in uric acid formation. So people with gout problems should avoid foods containing purines.

What you should eat if you have gout? The foods that are recommended by The American Medical Association, for gout patients are those that contain:

    Fiber rich- complex carbohydrates (whole grains, vegetables and fruits)
    Low protein foods (only 15% of calories should come from lean meat, poultry and soy)
    Only 30% of fats should be consumed (10% of which should be animal fats)

Foods that can prevent gout

Following are the seven foods that can help prevent gout:

1. Pineapple
Pineapples are known to contain bromelain, an enzyme that has anti-inflammatory properties. So supplementing pineapple to the diet may relieve gout pain.

2. Ginger
A study in mice revealed that the compounds found in ginger are helpful in reducing inflammation caused by uric acid. It is evident from the continuous researches that ginger is beneficial as an anti-inflammatory.

3. Turmeric
Turmeric is an effective anti-inflammatory and it has been recommended by experts that people having gout problems should include turmeric in their daily diet. You can read more about health benefits of turmeric here.

4. Cherry Juice
Eating a lot of fruits in gout problems can be very beneficial, especially cherries. It not just lowers the uric acid levels but also reduces the chances of developing gout. Studies conducted in United States and Italy reported cherry juice to be beneficial for treating gout, scientists are still not sure what are the healing found in it, though. Researches prove that cherry juice does not lower the uric acid, but it is its anti-inflammatory properties that play a vital role in controlling gout attacks, the occurrence of attacks reduce from 3 to 4 years to once in a year.

5. Bananas
Bananas are found to be low in sugar and high in potassium and are alkaline in nature. It is one of the best foods for preventing gout. The high contents of potassium help to fight the symptoms of gout. It helps to break down the crystals formed by uric acid and rapidly excretes them out of the body.

6. Low Fat Dairy Products
According to a study conducted by the National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases, published in “New England Journal of Medicine”, an excessive use of low-fat dairy products, such as low fat yogurts and milk, reduced the chances of developing gout problems by 50% in men. Experts suggest that 16 to 24 oz of fluids is an adequate amount to cure the disease.

7. Watercress
Watercress contains sufficient amount if minerals and vitamins. It has been found very useful for kidneys and also helps remove excessive amount of uric acid from the body.

Though the major treatment elements of gout are medicine and changes in diet, but changes in life style are also recommended in order to maintain body weight. Also avoid alcoholic drinks and drink plenty of water as it has been found to cure the initial symptoms of gout by excreting away the excessive amount of uric acid from the body.

http://myhealthlist.net/2013/02/7-foods-that-prevent-gout/

Gaut ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gaut ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan  asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya  membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin) dan bakinya melalui ketulan najis.  Namun bagi  pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.
Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gaut. Apabila pesakit gaut menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Pengambilan kerap pain killer akan melemahkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin lemah, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Langkah yang perlu diambil dalam perubatan herba ialah:-
- Banyakkan minum air masak terutama sekali sebelum masuk waktu tidur.
- Amalkan pemakanan sihat
- Amalkan berbekam
- Minum susu kambing
- Elakkan memakan makanan seafood, kekacang dan makanan yang diproses

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.

Sunday, 24 March 2013

Sabar

Allah tak kan bagi ujian pada kita kalau kita tak mampu menghadapinya..Allah lebih mengetahui segalanya..  :)

Pembetulan Tulang Belakang


Sebab terjadinya slip disc berkemungkinan disc intervertebral (terkeluar), faktor usia, kegemukan, sentakan yang tiba-tiba, terseliuh, kemalangan yang melibatkan disc L4-L5, L5-S1, otot tulang belakang yang lemah dan mengangkat barang berat dengan teknik yang salah. 

Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan satu method yang diperlukan untuk membantu dalam perawatan JAWI. Dari tulang cervical sampailah ketulang ekor (coccyx) dimana kesemuanya memberikan kesan perubahan kesihatan jika tidak di ubati dengan betul. Hanya dengan cara gerakan yang ringan dan mudah tulang dapat dibetulkan. Ia boleh dilakukan dalam keadaan duduk, tidur, berbaring dan juga berdiri.



Symptom masaalah di tulang belakang ialah rasa kebas di hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat diperlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsim. Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis. Tubuh akan berusaha untuk menghilangkan asidosis tersebut dengan mengambil atau menyerap kalsim daripada tulang atau gigi. Makanan yang kita makan pada hari ini juga kebanyakkan menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsim daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserapdaripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalid didalamnya. Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Selain itu pengambilan spirulina boleh menguatkan tulang. Spirulina kaya dengan kalsium, magnesium dan fosforus. Ketiga mineral ini sangat penting untuk pembentukan tulang rawan dan dapat mengelakkan osteoporosis.

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.

sumber: Jawi Herb Shops




Elakkan makanan ini

Photo

Friday, 22 March 2013

Belajar Bersyukur

 

Sifat syukur itu ada 3,
1) bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan.
2) bersyukur dengan hati berniat melakukan kebaikan. Bersyukur dengan lisan ialah mengucapkan   syukur kepada-Nya.
3) melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebut (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.” (Surah Al-Dhuha, ayat 11).

Jangan hanya bersyukur pada lisan, tetapi kufur pada tindakan dan perbuatan. Semua nikmat yang Allah berikan hanyalah pinjaman saja. Ambillah pengajaran dari kisah Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi kerana kufur nikmat kekayaan yang Allah SWT berikan. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Thursday, 21 March 2013

Kunyit

www.rawforbeauty.com

lada hitam + ibu kunyit = penyakit kanser
perahan kunyit + minyak zaitun = fibroid

Ingat Allah


ingat <3

Tujuh cara cuci hati

1. Hati dicuci dengan rasa penyesalan (an-nadamah)
Menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan. Sayyidina Umar bin Khattab r.a memiliki kebun kurma di Madinah. Pohon-pohon kurmanya berbuah dengan kualiti yang baik sekali. Alangkah bahagiannya hati Umar memiliki kebun tersebut. Beliau seringkali berjalan mengelilingi dan memeriksa hasil perkebunannya. Di dalam kebun itu juga terdapat satu sumber air.
Suatu hari, ketika Umar pulang dari kebunnya, beliau berjumpa dengan para sahabat lalu berjalan bersamanya. Umar bertanya: "Dari manakah kalian?" Jawab para sahabat: "Kami baru pulang daripada berjemaah Asar." Dengan segera Umar berucap "Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun. Jadi kalian tadi habis jemaah Asar? Masya-Allah, saksikanlah para sahabat. Aku ketinggalan berjemaah kerana kebun kurma ini. Maka kebun ini aku wakafkan kepada fakir miskin." Inilah contoh yang harus kita teladani dalam hal penyesalan meninggalkan satu ibadah kebaikan. Bacaan taroji': Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun merupakan ungkapan ketika seseorang yang berhadapan dengan cubaan dan musibah. Jadi suburnya kebun dan sumber air bagi Umar tidak lain hanyalah cubaan yang menimpa dirinya. Dan kalimat ini juga menunjukkan betapa penyesalan luar biasa daripada beliau akibat ketinggalan solat Asar berjemaah.

2. Hati harus dicuci dengan taubat (taubat nasuha)
Dengan bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam.

3. Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia. 
Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.

4. Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan (hubbur riyasah).
Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.

5. Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji (hubbul mahmadah).
Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa.

6. Baiknya hati dicuci daripada dendam.
Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain.

7. Baiknya hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu. Kemudian Hatim menceritakan pula bagaimana cara beliau melaksanakan solat dengan kata-katanya:
"Ketika memulakan solat, aku merasa Kaabah di depanku, syurga di kananku, neraka di kiriku, siratal mustaqim di telapak kakiku, dan Izrail telah menunggu di belakangku yang siap sedia mencabut nyawa."

Inilah yang dikatakan Qashrul amal (pendek angan-angan) iaitu semangat yang mampu mendorong untuk meningkatkan kualiti beribadat.

Monday, 18 March 2013

Hikmah mengapa aku sakit

Antara hikmah disebalik penyakit yang menimpa kita, antaranya adalah:-

Mengangkat Darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan Allah meninggikan darjat . Kisah Nabi Ayub contoh terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih berbaik sangka . Sudah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya menjauhkan diri. Nabi Ayub tetap bersabar sehingga Allah mengembalikan kesihatan dan ditinggikan darjat. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub melalui ujian Allah mempunyai hikmah besar.

Tanda Cinta
Musibah adalah tanda cinta Allah, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang reda, maka ia akan mendapatkan keredaanNya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya" (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Belajar Erti Sabar
Yakinlah Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firmanNya: “Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar".(Surah Ali 'Imran:146)

Pembersihan Dosa
Kita tiada terlepas melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Iblis dan syaitan sentiasa menggoda agar melakukan dosa yang menjauhkan kita dengan Allah. Hikmah diturunkan sakit adalah cara membersihkan dosa. Ia sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Memberi Keinsafan
Kita mesti bersyukur segala nikmat Allah. Dengan kehendakNya, nikmat kesenangan boleh hilang sekelip mata. Jangan mengeluh jika musibah menimpa. Bila sakit atau ditimpa musibah, hakikatnya Allah sedang memberi perhatian. Bukankah itu satu kemuliaan?

Pengubat Ego
Sakit menjadikan kita ingat nikmat sihat yang Allah kurniakan hanya pinjaman. Segala yang dimiliki adalah milik mutlak Allah. Sakit adalah petanda kita makhluk lemah. Didatangkan sakit atau musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita hambaNya dan tidak patut sombong dan bongkak kepada Allah.

Lebih Dekat Dengan Tuhan
Bila sakit, kita mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapanNya. Bila sakit kita bersungguh memohon perlindungan Allah. Ini mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan. Jarang orang merasa nikmat ketika sakit. Orang yang bersyukur dan bersabar, ia akan memperoleh nikmat

Turning Point Kehidupan
Bila kita leka dalam hal duniawi, kita lupa beribadah. Hal duniawi lebih penting dari akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mendekatkan diri dengan Allah. Sakit adalah isyarat Allah sangat mengasihi kita agar menjadi hamba bertaqwa dan tidak lalai kerana matlamat adalah kehidupan abadi di akhirat, bukan dunia.

Membersih Hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadi ujub dan takbur. Musibah dalam bentuk apa pun adalah rahmat Allah. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyuci iman. Itu ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Ketika hati bersih dan suci, sirnalah penyakit, martabat diangkat dan jiwa dimuliakan.

Belajar bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh allah kepada kita. Jika ditimpa penyakit, mohon kesembuhan kepadaNya. Perbanyak amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quran kerana di sana ada penawar. Firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra’:82)

Kuasa penyembuhan adalah daripada Allah. Berdoa dan mohon keredaan dan keampunan semoga segala penyakit segera sembuh, Penyakit yang menimpa antara ujian Allah. Penyakit yang dihidapi adalah guru yang mengajar dan mendidik agar kita menjadi manusia lebih baik. Jangan berburuk sangka kepada Allah. Kita perlu muhasabah dan berfikiran waras bahawa ketentuan Allah mempunyai seribu satu sebab terkandung hikmah dan pengajaran. Setiapnya perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."(Surah al-Baqarah: 155-157)

Artikel: utusan malaysia

Akupuntur bebas kimia

 Photo

Bekam

Photo

Friday, 15 March 2013

Ajarlah anak membaca Al Quran dari kecil

Every father should remember that one day his son will follow his EXAMPLE instead of his ADVICE.

Share PLz

Al-Quran tidak sekadar untuk dihafaz tetapi juga untuk difahami. Memahami al-Quran tidak saja dengan terjemah dan tafsir. Sumber ilmu ini memerlukan kefahaman secara tekstual dan juga kontekstual supaya manusia mampu menghubungkan faktor yang nyata dan tampak (empirikal) dengan faktor ghaib dan tidak nampak iaitu Pencipta.

Menghafaz fakta dan data juga adalah disiplin yang baik terutama formula sains dan teknologi dan ia membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Tetapi hafazan saja tidak memadai. Al-Quran tidak sekadar untuk dihafaz tetapi juga untuk difahami. Memahami al-Quran tidak saja dengan terjemah dan tafsir. Sumber ilmu ini memerlukan kefahaman secara tekstual dan juga kontekstual supaya manusia mampu menghubungkan faktor yang nyata dan tampak (empirikal) dengan faktor ghaib dan tidak nampak iaitu Pencipta.
Kefahaman tradisi konvensional tidak mengambil kira faktor agama atau wahyu dalam memberi faham terhadap faktor sains. Dalam al-Quran banyak ayat mengenai sains dan menjadi pedoman pentafsir menghubungkan al-Quran dengannya. Air, dalam tradisi konvensional secara mekanistiknya terhubung dan faktor oksigen dan hidrogen. Al-Quran menyediakan jawapan air itu sumber kehidupan. Gunung dalam geografi tidak lebih sebagai longgokan batu-batan dan banjaran panjang. Al-Quran menyediakan jawapan ia adalah awtad atau pasak bumi. Ia menjadi asas keseimbangan kepada kehadiran bumi.

Perspektif ini penting difahami kerana akhirnya manusia akan mencari makna sesuatu. Maknalah yang memberi manusia fahaman sebenar mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Kalau ditanya apa makna kemajuan. Akan ada pendapat mengatakan bahawa kemajuan itu diukur dari segi kemajuan ekonomi dan teknologi dan kesejahteraan sosial.

Dalam tradisi Islam fokus kemajuan terletak pada diri manusia itu sendiri (rijal). Jika manusia terbangun dengan ilmu dan etika yang baik pengurusan ekonomi, teknologi dan kesejahteraan sosial akan berlaku dengan baik. Bermulanya keluarga yang baik adalah daripada individu yang baik. Terbinanya masyarakat yang baik adalah daripada keluarga yang baik. Pembinaan negara atau umat yang baik adalah daripada masyarakat yang baik. Inilah maksud al-Quran terhadap kehidupan dan pengurusan kehidupan itu sendiri.