Cuba tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri.
- Hidangkan makanan/kudapan yang menyihatkan.
- Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV/ menyiapkan kerja rumah.
- Jadikan waktu makan suasana yg gembira dgn menjamu selera seisi keluarga.
- Galakkan mereka memberi perhatian kpd perut mereka dan makan hanya apabila lapar.
- Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan nikmati makanan tersebut.
- Jgn menyimpan byk makanan ringan berlemak tinggi yg tinggi kandungan gulanya.
- Jgn jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.
- Libatkan mereka bila menyediakan makanan kerana ini menyedarkan mereka tentang apa yg dimakan.
- Jgn jadikan makanan sbg umpan menenangkan anak-anak.
Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran kerana ia akan mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan. Contohnya elakkan makan makanan segera untuk meraikan laporan peperiksaan yang menggembirakan, sebaliknya belikan hadiah, tonton wayang, atau jemput rakan-rakan bermalam di rumah. Apabila kanak-kanak yang perlu memperbaiki tabiat pemakanan meningkat dewasa, mereka digalakkan menyimpan diari makanan, untuk mencatat apa yang mereka makan berserta waktunya. Penting untuk kita menyedari 'waktu bahaya' mengambil makanan ringan dan mencari strategi untuk mengalih perhatian daripada makanan, atau ke arah pilihan yang lebih menyihatkan. Kajian menunjukkan bahawa menyusukan bayi, walaupun seketika, boleh mengurangkan risiko obesiti pada usia tua. Ibu bapa yang menggemari diet sihat yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak mereka. Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah. Galakkan kegiatan jasmani sebaik sahaja mereka boleh berjalan.
No comments:
Post a Comment