Air sangat penting dalam kehidupan manusia dan hampir 75 peratus air berada dalam otak manusia. Minum air dengan kerap baik untuk membuang segala toksin. Masih ramai yang tidak faham istilah minum air sebanyak lapan gelas sehari dengan lebih kerap. Jika pengambilan air tidak dilakukan secara berterusan kerana badan dan otak menjadi lemah. Ini kerana mereka yang minum air akan mendapati diri mereka bertenaga. Jadikan minum air sebagai hobi. Pastikan minum air sebagai aktiviti harian walaupun diakui ia menyebabkan anda begitu kerap membuang air.
1) Jangan minum lapan gelas air sekali gus dan tidak mengulanginya sepanjang hari.
2) Kuantiti minum air bergantung kepada cuaca dan aktiviti anda.
3) Lebih banyak anda kehilangan air sepatutnya lebih banyak yang perlu diminum.
4) Jika minum terlalu banyak tanpa membuang air dibimbangi mengalami keracunan air atau situasi elektrolit tidak seimbang.
5) Air adalah penahan selera secara semula jadi.
6) Ingat, kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga.
Gejala kekurangan air dalam tubuh
Letih dan kurang tumpuan terutama - bagi tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air untuk mengeluarkannya.
Pening - Salah satu fungsi air adalah membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Oleh itu, walaupun mengalami kekurangan air sedikit, ia berpotensi menyebabkan pening.
Sembelit - Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.
Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.
Mulut berbau - Cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan sisa makanan berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk.
Mulut kering - Situasi ini kerap berlaku apabila kurang minum kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyahhidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.
No comments:
Post a Comment