Perasaan marah adalakalanya tidak dapat dikawal kerana mungkin dipengaruhi dengan adanya perasaan kecil hati, sakit hati, cemburu atau disebabkan faktor persekitaran di tempat kerja mahupun di rumah. Jika tidak dapat mengawal diri, seseorang mungkin bertindak di luar kewarasan fikiran dan kejadian yang tidak diingini mungkin terjadi.
Tahukah anda sebenarnya kemarahan boleh dikawal. Ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana ia mahu mengawal kemarahan tersebut secara positif atau pun negativ. Mereka yang mampu mengawal kemarahan akan bertindak lebih rasional serta mampu mengawal dan memperbaiki keadaan. Tanganilah permasalahan tersebut dalam keadaan tidak terburu-buru dan belajar erti redho pada kejadian yang berlaku samaada baik mahupun buruk. Cuba belajar bertindak lebih tenang dan biasa sahaja kerana kalau kita yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku itu. Tetapi jika seseorang itu tidak dapat mengatasi kemarahan dan tidak redho pasti lambat laun akan mempengaruhi emosi dan tindakan malah akan menganggu kesihatan diri seperti berkemungkinan akan menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, paras gula akan meningkat dsbnya. Oleh itu, penting untuk kita mengawal emosi marah kerana ia berkait rapat dan mempengaruhi kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.
Kita hendaklah sentiasa selalu bersyukur, menjadi pemaaf dan bahagia terhadap apa jua kejadian yang menimpa pada diri tidak kiralah samaada ianya baik atau pun sebaliknya. Kematangan diri dalam mengawal kemarahan mencerminkan kematangan psikologi seseorang kerana ia berupaya tidak membiarkan diri di kawal oleh keadaan.
No comments:
Post a Comment