Pages

Wednesday, 13 August 2014

Istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan

Bismillah
 
Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan amalan itu berkualiti atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
 
Utamakan perkara fardu
Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah, hendaklah sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu serta menyegerakan qada ibadah seperti puasa untuk memperoleh reda Allah SWT.

Kedua, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan hidayah dan keteguhan iman secara berterusan serta sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana ditekankan oleh syariat Islam.

Ketiga, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat suci al-Quran secara berterusan, berusaha menghafaznya serta dibacakan dalam solat fardu atau sunat. Amalan ini harus dipupuk supaya kita sentiasa berinteraksi, mempelajari, memahami isi kandungan al-Quran.

Rasulullah SAW: “Pertahankanlah dirimu bersama al-Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya al-Quran ini lebih cepat hilangnya daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)    

Keempat, sentiasa berzikir kepada Allah SWT, di samping sentiasa beristighfar kerana ia amalan yang tidak sukar untuk dilakukan dan mempunyai manfaat besar iaitu dapat menguatkan iman serta meneguhkan hati.

Kelima, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah selain berusaha mengenali serta menghayati sejarah hidup Rasulullah, sahabat dan tokoh ilmuwan Islam.

Keenam, sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara mungkar yang boleh merosak dan mematikan hati seperti bersahabat dengan orang yang buruk akhlak, mengeluarkan kata-kata kesat serta lucah kerana ia boleh menyebabkan hati menjadi keras serta sukar untuk menerima hidayah Allah SWT.

Ketujuh, segera bertaubat jika terlanjur melakukan dosa dengan taubat nasuha supaya tidak terjerumus kembali ke lembah kehinaan dan maksiat. Mudah-mudahan dengan melakukan amalan secara istiqamah menjadikan kita insan yang lebih bertakwa. 
 
sumber: berita harian    

Monday, 11 August 2014

Cara buang angin dalam badan

Tahukah anda dengan berbekam boleh membuang angin dalam badan.
 
Jika badan terasa lemah, malas, cepat mengantuk, sering kebas, lenguh-lenguh sendi dan tidak selesa seluruh badan itu tanda berlaku ketidak seimbangan angin dalam badan anda. Angin dikategorikan dalam 3 jenis:-

1. Angin sergah
    - nafas pendek dan cepat letih

2. Angin dalam darah
    - Cepat marah dan emosi tidak stabil

3. Angin dalam sendi
    - Sakit sendi dan sakit pinggang

Punca badan banyak angin:-

- Minum minuman sejuk dan berangin seperti teh.
- Makan makanan berangin seperti nangka, cempedak, tempoyak dsb.
- makan diselang seli dengan air
- makan makanan laut campur makanan darat

Dengan mengamalkan berbekam dapat mengatasi masaalah angin dalam badan. Kerana itu juga wujudnya bekam angin selain daripada bekam basah iatu darah. Ia dapat mengimbangkan unsur angin dalam badan kita.

Hijamah - Tarikh hari sunnah untuk bulan Ogos 2014

Saya SIHAT dan rajin BERSUKAN.
Adakah saya perlu BERBEKAM?

Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum  pernah merasai nikmat berbekam.
 
Ada yang fikir bekam itu hanya untuk orang yang sakit. Memang sudah lumrah orang sakit baru ke hospital. Sebenarnya berbekam juga untuk orang sihat yang ingin terus SIHAT. Inilah hakikat bekam yang anda perlu tahu sebenarnya langkah PENCEGAHAN dari sakit.

Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis!

Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Ogos 2014 ini adalah seperti dibawah:-

13 Ogos 2014 - 17 Syawal (Rabu)
15 Ogos 2014 - 19 Syawal (Jumaat)
17 Ogos 2014 - 21 Syawal (Ahad)



Sihat badan dan sihat minda

Perasaan marah adalakalanya tidak dapat dikawal kerana mungkin dipengaruhi dengan adanya perasaan kecil hati, sakit hati, cemburu atau disebabkan faktor persekitaran di tempat kerja mahupun di rumah. Jika tidak dapat mengawal diri, seseorang mungkin bertindak di luar kewarasan fikiran dan kejadian yang tidak diingini mungkin terjadi.

Tahukah anda sebenarnya kemarahan boleh dikawal. Ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana ia mahu mengawal kemarahan tersebut secara positif atau pun negativ. Mereka yang mampu mengawal kemarahan akan bertindak lebih rasional serta mampu mengawal dan memperbaiki keadaan. Tanganilah permasalahan tersebut dalam keadaan tidak terburu-buru dan belajar erti redho pada kejadian yang berlaku samaada baik mahupun buruk. Cuba belajar bertindak lebih tenang dan biasa sahaja kerana kalau kita yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku itu. Tetapi jika seseorang itu tidak dapat mengatasi kemarahan dan tidak redho pasti lambat laun akan mempengaruhi emosi dan tindakan malah akan menganggu kesihatan diri seperti berkemungkinan akan menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, paras gula akan meningkat dsbnya. Oleh itu, penting untuk kita mengawal emosi marah kerana ia berkait rapat dan mempengaruhi kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.

Kita hendaklah sentiasa selalu bersyukur, menjadi pemaaf dan bahagia terhadap apa jua kejadian yang menimpa pada diri tidak kiralah samaada ianya baik atau pun sebaliknya. Kematangan diri dalam mengawal kemarahan mencerminkan kematangan psikologi seseorang kerana ia berupaya tidak membiarkan diri di kawal oleh keadaan.