SUMBER antioksidan terbaik berasal daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun, ramai yang tidak mengenali buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Penting bagi kamu mengetahui pengambilan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Ini kerana ia mampu membantu melawan penyakit tertentu. Hasil kajian mendapati kandungan antioksidan pada buah-buahan lebih tinggi berbanding makanan lain. Malah, kebanyakan buah-buahan antioksidan mengandungi pelbagai jenis khasiat yang mana jika diambil secara kerap, ia dapat mengekalkan tubuh yang sihat. Pengambilan buah-buahan antioksidan secara konsisten pula dapat membantu melawan radikal bebas di dalam tubuh yang menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan. Selain itu, penting untuk kamu ketahui khasiat-khasiat lain supaya jadual pengambilan buah-buahan antioksidan kamu lebih seimbang dan teratur. Pengambilan buah-buahan antioksidan mengikut warna. Menyusun jadual pengambilan buah-buahan antioksidan mengikut warna buah yang berbeza.
Artikel : utusan.com.my