Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu mendorong seseorang rajin dan bersemangat dalam hidup. Ilmu mengenai fadilat dan kelebihan ibadat menjadikan seseorang itu rajin dalam menunaikan ibadat. Begitu juga bagi yang mengetahui ilmu fadilat serta kelebihan solat sunat yang juga sunnah Nabi Muhammad akan bersungguh melaksanakannya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat paling berat orang munafik ialah solat Subuh dan Isyak. Jika mereka mengetahui apakan ganjaran pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak.”
Betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai pendorong untuk melakukan kebaikan dengan keyakinan bakal mendapat ganjaran baik. Islam itu indah apabila umat Islam menjadikan iman untuk memandu diri serta mencari ilmu pengetahuan untuk memajukan diri.

No comments:
Post a Comment