
Wednesday, 27 March 2013
Gaut

Gaut ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gaut ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin) dan bakinya melalui ketulan najis. Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.
Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gaut. Apabila pesakit gaut menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Pengambilan kerap pain killer akan melemahkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin lemah, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Langkah yang perlu diambil dalam perubatan herba ialah:-
- Banyakkan minum air masak terutama sekali sebelum masuk waktu tidur.
- Amalkan pemakanan sihat
- Amalkan berbekam
- Minum susu kambing
- Elakkan memakan makanan seafood, kekacang dan makanan yang diproses
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
Sunday, 24 March 2013
Pembetulan Tulang Belakang
Sebab terjadinya slip disc berkemungkinan disc intervertebral (terkeluar), faktor usia, kegemukan, sentakan yang tiba-tiba, terseliuh, kemalangan yang melibatkan disc L4-L5, L5-S1, otot tulang belakang yang lemah dan mengangkat barang berat dengan teknik yang salah.
Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan satu method yang diperlukan untuk membantu dalam perawatan JAWI. Dari tulang cervical sampailah ketulang ekor (coccyx) dimana kesemuanya memberikan kesan perubahan kesihatan jika tidak di ubati dengan betul. Hanya dengan cara gerakan yang ringan dan mudah tulang dapat dibetulkan. Ia boleh dilakukan dalam keadaan duduk, tidur, berbaring dan juga berdiri.
Symptom masaalah di tulang belakang ialah rasa kebas di hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat diperlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsim. Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis. Tubuh akan berusaha untuk menghilangkan asidosis tersebut dengan mengambil atau menyerap kalsim daripada tulang atau gigi. Makanan yang kita makan pada hari ini juga kebanyakkan menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsim daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserapdaripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalid didalamnya. Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Selain itu pengambilan spirulina boleh menguatkan tulang. Spirulina kaya dengan kalsium, magnesium dan fosforus. Ketiga mineral ini sangat penting untuk pembentukan tulang rawan dan dapat mengelakkan osteoporosis.
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
sumber: Jawi Herb Shops
Friday, 22 March 2013
Belajar Bersyukur

Sifat syukur itu ada 3,
1) bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan.
2) bersyukur dengan hati berniat melakukan kebaikan. Bersyukur dengan lisan ialah mengucapkan syukur kepada-Nya.
3) melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebut (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.” (Surah Al-Dhuha, ayat 11).
Jangan hanya bersyukur pada lisan, tetapi kufur pada tindakan dan perbuatan. Semua nikmat yang Allah berikan hanyalah pinjaman saja. Ambillah pengajaran dari kisah Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi kerana kufur nikmat kekayaan yang Allah SWT berikan. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Thursday, 21 March 2013
Tujuh cara cuci hati
1. Hati dicuci dengan rasa penyesalan (an-nadamah)
Menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan. Sayyidina Umar bin Khattab r.a memiliki kebun kurma di Madinah. Pohon-pohon kurmanya berbuah dengan kualiti yang baik sekali. Alangkah bahagiannya hati Umar memiliki kebun tersebut. Beliau seringkali berjalan mengelilingi dan memeriksa hasil perkebunannya. Di dalam kebun itu juga terdapat satu sumber air.
Suatu hari, ketika Umar pulang dari kebunnya, beliau berjumpa dengan para sahabat lalu berjalan bersamanya. Umar bertanya: "Dari manakah kalian?" Jawab para sahabat: "Kami baru pulang daripada berjemaah Asar." Dengan segera Umar berucap "Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun. Jadi kalian tadi habis jemaah Asar? Masya-Allah, saksikanlah para sahabat. Aku ketinggalan berjemaah kerana kebun kurma ini. Maka kebun ini aku wakafkan kepada fakir miskin." Inilah contoh yang harus kita teladani dalam hal penyesalan meninggalkan satu ibadah kebaikan. Bacaan taroji': Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun merupakan ungkapan ketika seseorang yang berhadapan dengan cubaan dan musibah. Jadi suburnya kebun dan sumber air bagi Umar tidak lain hanyalah cubaan yang menimpa dirinya. Dan kalimat ini juga menunjukkan betapa penyesalan luar biasa daripada beliau akibat ketinggalan solat Asar berjemaah.
2. Hati harus dicuci dengan taubat (taubat nasuha)
Dengan bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam.
3. Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia.
Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.
4. Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan (hubbur riyasah).
Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.
5. Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji (hubbul mahmadah).
Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa.
6. Baiknya hati dicuci daripada dendam.
Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain.
7. Baiknya hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu. Kemudian Hatim menceritakan pula bagaimana cara beliau melaksanakan solat dengan kata-katanya:
"Ketika memulakan solat, aku merasa Kaabah di depanku, syurga di kananku, neraka di kiriku, siratal mustaqim di telapak kakiku, dan Izrail telah menunggu di belakangku yang siap sedia mencabut nyawa."
Inilah yang dikatakan Qashrul amal (pendek angan-angan) iaitu semangat yang mampu mendorong untuk meningkatkan kualiti beribadat.
Monday, 18 March 2013
Hikmah mengapa aku sakit
Antara hikmah disebalik penyakit yang menimpa kita, antaranya adalah:-
Mengangkat Darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan Allah meninggikan darjat . Kisah Nabi Ayub contoh terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih berbaik sangka . Sudah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya menjauhkan diri. Nabi Ayub tetap bersabar sehingga Allah mengembalikan kesihatan dan ditinggikan darjat. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub melalui ujian Allah mempunyai hikmah besar.
Tanda Cinta
Musibah adalah tanda cinta Allah, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang reda, maka ia akan mendapatkan keredaanNya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya" (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
Belajar Erti Sabar
Yakinlah Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firmanNya: “Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar".(Surah Ali 'Imran:146)
Pembersihan Dosa
Kita tiada terlepas melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Iblis dan syaitan sentiasa menggoda agar melakukan dosa yang menjauhkan kita dengan Allah. Hikmah diturunkan sakit adalah cara membersihkan dosa. Ia sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Memberi Keinsafan
Kita mesti bersyukur segala nikmat Allah. Dengan kehendakNya, nikmat kesenangan boleh hilang sekelip mata. Jangan mengeluh jika musibah menimpa. Bila sakit atau ditimpa musibah, hakikatnya Allah sedang memberi perhatian. Bukankah itu satu kemuliaan?
Pengubat Ego
Sakit menjadikan kita ingat nikmat sihat yang Allah kurniakan hanya pinjaman. Segala yang dimiliki adalah milik mutlak Allah. Sakit adalah petanda kita makhluk lemah. Didatangkan sakit atau musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita hambaNya dan tidak patut sombong dan bongkak kepada Allah.
Lebih Dekat Dengan Tuhan
Bila sakit, kita mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapanNya. Bila sakit kita bersungguh memohon perlindungan Allah. Ini mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan. Jarang orang merasa nikmat ketika sakit. Orang yang bersyukur dan bersabar, ia akan memperoleh nikmat
Turning Point Kehidupan
Bila kita leka dalam hal duniawi, kita lupa beribadah. Hal duniawi lebih penting dari akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mendekatkan diri dengan Allah. Sakit adalah isyarat Allah sangat mengasihi kita agar menjadi hamba bertaqwa dan tidak lalai kerana matlamat adalah kehidupan abadi di akhirat, bukan dunia.
Membersih Hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadi ujub dan takbur. Musibah dalam bentuk apa pun adalah rahmat Allah. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyuci iman. Itu ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Ketika hati bersih dan suci, sirnalah penyakit, martabat diangkat dan jiwa dimuliakan.
Belajar bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh allah kepada kita. Jika ditimpa penyakit, mohon kesembuhan kepadaNya. Perbanyak amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quran kerana di sana ada penawar. Firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra’:82)
Kuasa penyembuhan adalah daripada Allah. Berdoa dan mohon keredaan dan keampunan semoga segala penyakit segera sembuh, Penyakit yang menimpa antara ujian Allah. Penyakit yang dihidapi adalah guru yang mengajar dan mendidik agar kita menjadi manusia lebih baik. Jangan berburuk sangka kepada Allah. Kita perlu muhasabah dan berfikiran waras bahawa ketentuan Allah mempunyai seribu satu sebab terkandung hikmah dan pengajaran. Setiapnya perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."(Surah al-Baqarah: 155-157)
Artikel: utusan malaysia
Friday, 15 March 2013
Ajarlah anak membaca Al Quran dari kecil

Al-Quran tidak sekadar untuk dihafaz tetapi juga untuk difahami. Memahami al-Quran tidak saja dengan terjemah dan tafsir. Sumber ilmu ini memerlukan kefahaman secara tekstual dan juga kontekstual supaya manusia mampu menghubungkan faktor yang nyata dan tampak (empirikal) dengan faktor ghaib dan tidak nampak iaitu Pencipta.
Menghafaz fakta dan data juga adalah disiplin yang baik terutama formula sains dan teknologi dan ia membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Tetapi hafazan saja tidak memadai. Al-Quran tidak sekadar untuk dihafaz tetapi juga untuk difahami. Memahami al-Quran tidak saja dengan terjemah dan tafsir. Sumber ilmu ini memerlukan kefahaman secara tekstual dan juga kontekstual supaya manusia mampu menghubungkan faktor yang nyata dan tampak (empirikal) dengan faktor ghaib dan tidak nampak iaitu Pencipta.
Kefahaman tradisi konvensional tidak mengambil kira faktor agama atau wahyu dalam memberi faham terhadap faktor sains. Dalam al-Quran banyak ayat mengenai sains dan menjadi pedoman pentafsir menghubungkan al-Quran dengannya. Air, dalam tradisi konvensional secara mekanistiknya terhubung dan faktor oksigen dan hidrogen. Al-Quran menyediakan jawapan air itu sumber kehidupan. Gunung dalam geografi tidak lebih sebagai longgokan batu-batan dan banjaran panjang. Al-Quran menyediakan jawapan ia adalah awtad atau pasak bumi. Ia menjadi asas keseimbangan kepada kehadiran bumi.
Perspektif ini penting difahami kerana akhirnya manusia akan mencari makna sesuatu. Maknalah yang memberi manusia fahaman sebenar mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Kalau ditanya apa makna kemajuan. Akan ada pendapat mengatakan bahawa kemajuan itu diukur dari segi kemajuan ekonomi dan teknologi dan kesejahteraan sosial.
Dalam tradisi Islam fokus kemajuan terletak pada diri manusia itu sendiri (rijal). Jika manusia terbangun dengan ilmu dan etika yang baik pengurusan ekonomi, teknologi dan kesejahteraan sosial akan berlaku dengan baik. Bermulanya keluarga yang baik adalah daripada individu yang baik. Terbinanya masyarakat yang baik adalah daripada keluarga yang baik. Pembinaan negara atau umat yang baik adalah daripada masyarakat yang baik. Inilah maksud al-Quran terhadap kehidupan dan pengurusan kehidupan itu sendiri.
Dalam tradisi Islam fokus kemajuan terletak pada diri manusia itu sendiri (rijal). Jika manusia terbangun dengan ilmu dan etika yang baik pengurusan ekonomi, teknologi dan kesejahteraan sosial akan berlaku dengan baik. Bermulanya keluarga yang baik adalah daripada individu yang baik. Terbinanya masyarakat yang baik adalah daripada keluarga yang baik. Pembinaan negara atau umat yang baik adalah daripada masyarakat yang baik. Inilah maksud al-Quran terhadap kehidupan dan pengurusan kehidupan itu sendiri.
Manfaat Herba pada tubuh manusia
Kelebihan herba mampu membuatkan kita merasa kerdil dan terpegun dengan kebesarannya. Ini akan membuat kita lebih menghargai kelompok tanaman berharga ini. Kepada pencinta herba selamat mengenali dunia herba.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi [seraya berkata]: "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka peliharalah kami dari siksa neraka."
[Ali 'Imran,3:190-191]
Wednesday, 13 March 2013
Tuesday, 12 March 2013
Ilmu mendorong untuk semangat beribadat
Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu mendorong seseorang rajin dan bersemangat dalam hidup. Ilmu mengenai fadilat dan kelebihan ibadat menjadikan seseorang itu rajin dalam menunaikan ibadat. Begitu juga bagi yang mengetahui ilmu fadilat serta kelebihan solat sunat yang juga sunnah Nabi Muhammad akan bersungguh melaksanakannya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat paling berat orang munafik ialah solat Subuh dan Isyak. Jika mereka mengetahui apakan ganjaran pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak.”
Betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai pendorong untuk melakukan kebaikan dengan keyakinan bakal mendapat ganjaran baik. Islam itu indah apabila umat Islam menjadikan iman untuk memandu diri serta mencari ilmu pengetahuan untuk memajukan diri.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat paling berat orang munafik ialah solat Subuh dan Isyak. Jika mereka mengetahui apakan ganjaran pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak.”
Betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai pendorong untuk melakukan kebaikan dengan keyakinan bakal mendapat ganjaran baik. Islam itu indah apabila umat Islam menjadikan iman untuk memandu diri serta mencari ilmu pengetahuan untuk memajukan diri.
Jom Bersedekah
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatkan gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya. (al Baqarah ayat 261).
Monday, 11 March 2013
Doa
Nasib boleh berubah jika ada usaha perbaiki diri.
Segala peristiwa dan kejadian yang berlaku terhadap insan sama ada kecil atau besar, mudah atau susah, semua sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Jika takdir ini telah ditetapkan maka timbul persoalan adakah ketetapan itu boleh berubah menerusi doa.
Segala peristiwa dan kejadian yang berlaku terhadap insan sama ada kecil atau besar, mudah atau susah, semua sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Jika takdir ini telah ditetapkan maka timbul persoalan adakah ketetapan itu boleh berubah menerusi doa.
Hendaklah ditegaskan bahawa perintah untuk berdoa bersumberkan daripada Allah SWT seperti mana firman-Nya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghaafir, ayat 60).
“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan." Surah al-Nahl, (ayat 61)
Jika amalan berdoa ini tidak mampu mengubah nasib seseorang insan, mana mungkin Allah SWT menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu perbuatan sia-sia. Firman yang lain, Allah SWT turut memerintahkan hamba-Nya berusaha memperbaiki diri dan tidak hanya menyerah urusan hidup kepada takdir-Nya.
Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Takdir boleh berubah ikut usaha kita, insyallah.
Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Takdir boleh berubah ikut usaha kita, insyallah.
Cermat dalam urusan dunia
Alangkah indah jika umat Islam hidup dengan penuh sederhana, harmoni dan saling memahami serta membantu dalam urusan dunia.
Firman Allah SWT: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaanmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).
Melalui sifat berjimat cermat dalam urusan dunia, umat Islam akan saling memberi manfaat dan bukannya bertelingkah. Bahkan, jika orang Mukmin saling berbalah, yang terbaik ialah dengan mendamaikan kedua-duanya bukan memenangkan salah satunya.
Firman Allah SWT: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaanmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).
Melalui sifat berjimat cermat dalam urusan dunia, umat Islam akan saling memberi manfaat dan bukannya bertelingkah. Bahkan, jika orang Mukmin saling berbalah, yang terbaik ialah dengan mendamaikan kedua-duanya bukan memenangkan salah satunya.
Sunday, 10 March 2013
Wednesday, 6 March 2013
Varicose Veins
Bila ada gangguan pembuluh darah (vena) pada area betis dan sekitar kaki seperti bengkak, berpintal, terasa sakit, pengaliran darah yang kurang normal dan urat yang timbul di permukaan kulit, anda sedang mengalami penyakit yang dikenali sebagai “varicose vein” yang terdapat pada kaki. Jika tidak diubati akan mengakibatkan komplikasi dikemudian hari terutamanya jika kita berdiri dalam jangka waktu yang lama. Anda boleh mencuba memakai stokin khusus ataupun berjalan kaki selama 20-30 minute. Lebihan berat badan juga salah satu sebab dan disarankan untuk menurunkan berat badan. Antara simptom bagi masalah Varicose veins adalah seperti dibawah:-
- kaki terasa sengal, lenguh, sakit dan berat
- pembuluh darah berwarna kehijauan dan kebiru-biruan
- kulit kemerahan, gatal-gatal dan kesakitan
- kaki kejangan apabila bergerak dengan cepat seperti berdiri
- kulit di atas buku lali menjadi semakin tegang lemak di bawah kulit menjadi keras
- sejuk pada kaki (betis hingga ke tapak kaki)
Jangan mandi dengan air panas kerana akan mengakibatkan pembuluh darah membesar. Jika harus duduk untuk jangka waktu yang lama, cubalah lakukan seperti menarik jari-jari kaki menjauh dari lantai untuk melatih otot betis. Ini dapat membantu aliran darah untuk kembali ke kaki dan mengembalikan tekanan darah menuju vena yang biasanya didapati ketika kita berjalan atau berenang.

Dengan rawatan akupuntur dapat mengatasi masaalah ini. Selain dapat melancarkan pengaliran darah, ia juga mengaktifkan saraf, menstabilkan tenaga meridian dan memberi kelegaan kepada pesakit. Ia juga adalah rawatan terbaik selain daripada mengambil ubat tahan sakit.
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
Sunday, 3 March 2013
Doctor terbaik
doctor terbaik bagi kita siapa?
sudah tentu jawapannya : Rasulullah SAWkan.
pengubatan yang beliau wariskan utk kita sgt rasional. Tiada kesan sampingan jauh sekali memudaratkan tubuh badan. Selain doa dan kombinasi pemakanan sihat spt habatussauda, kismis, delima, madu, kurma dan zaitun. Nabi kita juga mengamalkan berbekam.
Hari yg baik utk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan dlm kalender islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)