Ada 2 jenis pesakit dalam konteks melihat penyakit yang dialami oleh mereka:-
1. Berfikiran positif, berusaha untuk sembuh dan bersyukur dengan tubuh badan yang lain yang masih sihat.
2. Pilih untuk merana iaitu dengan menyalahkan takdir, merungut dan menghadkan menghalang aktiviti hidupnya kerana sakit yang dialaminya.
Oleh itu, menyebut perkataan seperti saya tidak sihat atau saya penat dan letih kita sebenarnya sudah menghantar mesej ke otak (minda sedar) dan hati/jiwa (bawah sedar) sesuatu yang negativ dan akhirnya seluruh tubuh akan menjadi lemah. Oleh itu jika kita sakit jangan memberitahu bahawa kita sakit dan mahu orang memahami yang kita sakit tetapi mintalah simpati pada allah dan mengadu kepadanya. Sakit ini mungkin kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan dahulu, kesan kehidupan sosial kita dimasa lalu dan sebagainya. Dengan mengubah kehidupan ke arah yang lebih sihat seperti:
1) Memaafkan orang
2) Membersihkan hati
3) Memakan makanan yang sihat
4) Cukup rehat
Apabila banyak penyakit hati, maka akan senang datangnya penyakit fizikal. Oleh itu kena banyak belajar bagaimana membersihkan penyakit hati.
Penyakit fizikal akan hilang bila kita mati. Dan manusia sebenarnya takut bila menghadapi sesuatu penyakit fizikal. Mereka akan mencari dan berjumpa dengan bermacam-macam rawatan dan pakar perubatan untuk merawat penyakit fizikal. Berbeza dengan penyakit hati kerana tidak ramai yang bersusah payah untuk merawat penyakit hati/jiwa yang berkait rapat dengan penyakit IMAN. Malah mereka tidak berusaha untuk merawat dan memulihkan hati, jiwa dan iman mereka.
Mulai hari ini, reset minda agar melihat penyakit yang diberikan oleh allah kepada kita, dengan melihat apakah mesej yang allah cuba sampaikan pada kita. Sakit adalah tanda kasih sayang allah kepada hambanya. Apabila kita sakit ada 4 perkara yang allah akan hapuskan daripada kita:-
1) Nikmat kebahagian;
2) Nikmat ketenangan;
3) Nikmat kekayaan; dan
4) Menghapuskan dosa-dosa kita
Bila kita sembuh allah akan kembalikan nikmat no. 1-3 di atas manakala nikmat ke 4 tidak akan dikembalikan dosa-dosa kepada umatnya yang sabar dan redha dengan penyakitnya akan terhapus (kifarah). Pada zaman sekarang manusia terlalu bergantung pada ubat-ubatan dan doktor perubatan untuk mengubati sesuatu penyakit. Sedarlah bahawa allah yang merawat dan dengan izinnya kita akan sihat. Kita perlu berusaha merawat penyakit hati sebelum merawat penyakit fizikal.