Haji adalah JIHAD bagi mematuhi segala rukun, wajib, syarat sah rukun dan menjaga larangan ihram di tempat dimana cuaca, bentuk muka bumi, budaya dan cara pergaulan yang sangat berlainan dengan Malaysia.
Tabung Haji telah mula mengeluarkan surat tawaran kepada bakal-bakal haji untuk 1435H pada bulan Disember 2013. Kami juga telah menerima surat tawaran tersebut pada 17 Disember 2013 dan perlu memberi pengesahan samaada menerima atau menolak sebelum 9 Januari 2014. Semasa menjawab menerima tawaran kami perlu pastikan simpanan didalam tabung haji sebanyak RM9,980.00 bagi mereka yang baru pertama kali mengerjakan haji mencukupi. Hanya allah yang tahu perasaan gembira dan terharu bila mendapat surat tawaran tersebut. Apatah lagi bila ibu dan ayah juga terpilih menjadi tetamunya sekali. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan selain syukur kepada allah kerana diberi peluang menjadi tetamunya pada tahun ini. Kemanisan yang tidak pernah dibayangkan. Menjadi tetamu bersama insan-insan yang kami sayang.
" Allah maha pengampun. Allah maha pengasih. Allah maha penyayang"
Kita insan terpilih. Kita di sini bukan kerana kita kaya, bukan kerana kita banyak duit...tetapi kita insan terpilih. Allah buka hati dan buka jalan hingga kita berada di sini....bersyukurlah.
Terima kasih Allah. Segala perancangan allah jua. Dan kami sendiri tidak pernah menyangka menjadi tetamunya dalam masa terdekat ini berdasarkan kemampuan, namun allah itu lebih mengetahui dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Dan perancangan allah mengatasi perancangan kita. Sesungguhnya dia yang menguasai seluruh alam semesta ini.
Peringatan kepada kami dan semua bakal jemaah haji 1435H, persiapkanlah diri dengan kekuatan kerohanian, ilmu agama dan menjaga kesihatan diri agar dapat melakukan ibadat di tanah suci kelak. Insyallah.
Permudahkan urusan hamba mu ini ya allah.