Pages

Thursday, 22 December 2011

FADHILAT HAUQALAH "LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"


Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”
Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.  Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

Sunday, 4 December 2011

TITIK EFEKTIF BEKAM

KATIFAIN / DUA BAHU

"Rasulullah S.A.W telah berbekam di 'Akhdain' dan di antara dua bahunya" (HR A.Dawud).
Antara faedahnya :
a) Menormalkan Tekanan Darah
b) Asid Urik Berlebihan
c) Kolesterol
d) Payah Mengawal Emosi
e) Angin
f) Reda Sakit Di Bahu Dan Leher






TITIK BEKAM EFEKTIF

KAHIL /ANTARA DUA BAHU

"Rasulullah S.A.W telah berbekam di 'Akhdain' dan diantara dua bahunya."(HR Abu Daud).
Antara faedahnya ialah:
a)Menerangkan Pandangan 
b)Membuang Racun
c)Kudis
d)Bisul Di Mata
Add caption


TITIK-TITIK BEKAM EFEKTIF





 AKHDAIN/URAT TENGKUK

"Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada (Akhda’ain dan Kahil) ".- (HR.Termizi, Ahmad,Ibnu Majah). Baginda  biasa berbekam pada hari ke 17,19,21.Titik ini adalah pada urat di tepi kiri dan kanan leher. Kadang-kadang posisinya agak tersembunyi. Manfaatnya ialah mengatasi :-

- Melancarkan perjalanan darah ke bahagian kepala.
- Pening kepala
- Migrain
- Vertigo
- Daya ingatan lemah
- Mengantuk

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan berbekam ditengah tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit". (HR At-Thabrani). Sesuai dengan hadith Nabi S.A.W sekitar tahun 600 masihi bahawa pembekaman pada satu cara disekitar tengkuk saja dapat menyembuhkan 72 penyakit.

   






























TITIK-TITIK BEKAM YANG EFEKTIF


     UMMU MUGHTIS /PUNCAK KEPALA

Dari Ibnu Umar R.A, becerita bahawa Nabi Muhamad pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan Ummu Mughtis.

"Sesungguhnya Nabi S.AW. telah berbekam di kepala dalam keadaan ihram kerana sakit kepala". (HR Bukhari)

Titik tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk menghilangkan penyakit dibawah:-
- Pengaruh Sihir
- Stroke/Angin Ahmar
- Migrain
- Stress
- Lambat Uban
- Seimbang Hormon
- Pening Berpusar
- Hipertensi



Friday, 2 December 2011

BEKAM



Nabi menggalakkan umatnya berbekam dengan tujuan merawat dan dapat mencegah penyakit. Berbekam bertujuan bagi rawatan pada hari ini dikenali sebagai therapeutic phlebotomy dan pencegahan dikenali sebagai preventive phelebotomy. Oleh sebab bekam berkaitan dengan darah, saya ingin menjelaskan kepentingan cecair ini sebelum memulakan tajuk ini.

Darah

Darah bertanggungjawab ke atas penghantaran zat-zat dan oksigen kepada setiap sel di dalam tubuh kita dan juga membawa keluar bahan buangan metabolisme daripada sel untuk perkumuhan di dalam buah pinggang dan paru-paru. Darah adalah `jaga’ kepada sistem pelalian badan kita. Pengaliran sel darah putih, enzim dan faktor pelalian  yang lain bersedia 24 jam `mencari dan memusnahkan’ makhluk asing. Darah kotor tidak berkemampuan menjalankan tugas ini. Keputusannya, mulnutrisi berlaku, ketahanan badan merosot, toksemia (keracunan darah) menjadi kronik dan kuman menyerang tisu kita yang paling lembut. Kita hidup dalam masyarakat moden  dimana peradaban dirosakkan oleh pencemaran alam sekitar dan keburukan amalan pemakanan.

Di dalam darah dan tisu kita terkumpul toksin yang secara perlahan-lahan menghakis kecergasan badan kita. Jikalau kita tidak membuang toksin tersebut dalam tempoh tertentu, timbunan toksin akan membesar sehingga badan kita tidak dapat bertahan lagi dan kita akan jatuh sakit. Doktor di dalam badan kita hilang kawalan dan kita diserang oleh penyakit kronari, barah, hipertensi, penyakit buah pinggang, angin ahmar, lelah, artritis, rheumatism dan lain-lain penyakit yang berbahaya. Keracunan darah sudah menjadi masalah besar dalam masyarakat moden dan menjadi penyebab kepada banyak kesakitan, penderitaan dan kerugian sumber manusia.

Pengaliran darah bersih  yang tidak terhalang dan tenaga kecergasan adalah faktor penting kesihatan. Jikalau terdapat terlalu banyak kotoran toksid di dalam badan kita ia mengakibatkan terjadinya stasis darah atau penakungan darah dan ini menghalang kelancaran perjalanan tenaga dan darah di dalam badan kita, menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit yang serius. Dalam keadaan hari ini di mana terdapatnya penyakit jantung, barah, angin ahmar, penyakit buah pinggang, hipertensi, arthritis, rheumatism dan lain-lain lagi yang sentiasa bertambah, kita seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada bekam sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit yang berbahaya ini supaya kehidupan menjadi lebih sihat dan baik.

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.

 
Sumber : Bekam Inovatif (Al-Hijamah) Dr.Helena Abdullah, Terbitan Heles Corporation Sdn Bhd