Apakah Tusukan Jarum Akupuntur Pesakit
Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus,lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan kulit sahaja diantara 1’cun’ hingga 2 ’cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja.Kalaupun sakit, ia bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja.
Apakah Jarum Akupuntur Bahaya
Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disucihama atau sterile. Setiap pengamal akupunktur sudah pasti pegang jarum terlebih dahulu sebelum menusukkan kepada badan pesakit.Oleh itu, jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu dijangkitinya. Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor. Anda tidak perlu khuatir kerana setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.
Apakah Jarum Akupuntur Akan merebakkan Aids
AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa dimasukkan kedalam autoclave.
Apakah Perbezaan Antara Jarum Biasa Dengan Jarum Akupuntur
Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Di dalamnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan.Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80-90%. Sementara jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah.Sakit pada suntikan jarum akupunktur hanya 5% sahaja.