Pages

Thursday, 27 October 2011

Bekam perubatan terbaik


Bekam rawatan Islam yang saintifik, selamat dan berkat

Walaupun ianya sudah ribuan tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.

Sejarah bekam

Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman Rasulullah lagi. Baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.

Mengapa kita digalakkan Berbekam?

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa. Darah beku haruslah dikeluarkan dengan apa cara sekali pun. Namun kaedah perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, kita harus mencari kaedah perubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah beku tersebut agar tubuh badan tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam. Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT. Selain itu “Al-Hijamah adalah termasuk dalam fardhu kifayah.

Perubatan Terbaik

Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging yang dipanggang dan menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebahagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebahagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam. Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api.

 “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi).

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

Monday, 10 October 2011

TERAPI AKUPUNKTUR





AKUPUNKTUR MAKIN POPULAR
                                  
Akupunktur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang dikenali sebagai `Acupunture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Buntu Afrika,Arab,Tigris,Mesir Kuno, India danChina. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghormatan kepada China, kerana pengalaman jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai ke hari ini.

Sejarah membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah tentang perubatan Akupuntur dengan lengkap yang telah ditulis oleh Maharaja China dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yelow Emperor Canon Of Medicine’ dikarang pada tahun 2000 sebelum masihi.

Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Di zaman moden ini, alat-alat ini telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile,yang diperbuat daripada berbagai logam seperti Jarum Silver,Cooper dan Jarum Emas.

Diantara banyak jarum, jarum emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ’qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver. Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut dan apabila ditusuk ke sesuatu titik kahas badan,jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut(vibrate), kebas,berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini dikenali sebagai’Deqi’ mengeluarkan arus elektrik melalui apa dinamakan sebagai kolentral, channel atau meridian, yang kesemuanya bisa mengeluarkan kuasa Qi yang secukupnya untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

Apakah Bentuk Akupuntur Moden

Dalam akupuntur moden hari ini ada berbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur, diantaranya  ialah:
      a)      Akupuntur  Klasik – Menggunakan jarum Emas.
b)      Akupuntur Elektrik- Menggunakan stimulator letrik voltage rendah.
c)      Akupuntur Elektonik- Menggunakan alat elektronik kecil.
d)     Akupuntur  Bekam Darah- Acu-Bekam mengeluarkan darah kotor.
e)      Akupuntur Bekam – Angin (Aku-Bekam sedut angin keluar dari badan)
f)       Akupuntur Mosibusi- Akupuntur menghangatkan  pada titik tertentu.
g)      Akupuntur Kepala- (Scalp Acupunture)
h)      Akupuntur Telinga- (Auricular Acupunture)
i)        Akupuntur Mata- Eye Acupunture/Iridology
j)        Akupuntur Urut- Acupressure/Shiatu/Message,Reiki
k)      Akupuntur Homeopati- Integrated Homeopathic & Acupunture- Homeopunture.

Apakah Tusukan Jarum Akupunktur Pesakit

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus,lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan kulit sahaja diantara 1’cun’ hingga 2 ’cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja.Kalaupun  sakit, ia bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja.

Apakah Jarum Akupunktur Bahaya

Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disucihama atau sterile. Setiap pengamal akupunktur sudah pasti pegang jarum terlebih dahulu sebelum menusukkan kepada badan pesakit.Oleh itu, jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu dijangkitinya. Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor. Anda tidak perlu khuatir kerana setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.

Apakah Jarum Akupunktur Akan merebakkan Aids

AIDS hanya merebak  melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa dimasukkan kedalam autoclave.

Apakah Perbezaan Antara Jarum Biasa Dengan Jarum Akupunktur

Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Di dalamnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan.Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80-90%. Sementara jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah.Sakit pada suntikan jarum akupunktur hanya 5% sahaja.
  
Apa Yang Dapat Disembuhkan Oleh Rawatan Akupunktur
 
Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanfaatkan oleh pesakit melalui rawatan akupunktur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupunktur.

 Sistem Pernafasan
 
-Resdung /Sinusitis
-Selesema /Rhinitis
-Selesema Berair
-Tonsilitis

 Gangguan Pencernaan
 
-Spasma pada Esophagus
-Tersedu /hiccough
-Gastroptosis
-Gastrik
-Duodenal Ulcer, Colitis
-Sembelit, Cirit-birit
-Paralysis Usus

Gangguan Mata

 -Sakit Mata Awal/Conjunctivitis, Radangan Retina/Retinis Myopia pada kanak-kanak katarak.
  
Gangguan Mulut
 
 -Sakit Gigi
-Sakit Gusi
-Sakit Halkum

Sistem Pernafasan
 
Batuk Bronkitis
Asma Bronkial

Neorological And Musculo-Skeletal Disorder

Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupunktur
 
-Sakit Kepala Dan Migrain
-Sakit Urat Saraf Muka Atau Kepala
-Lumpuh Sebelah Kepala/Bell Palsy
-Kesan Dari Stroke/ Lumpuh
-Penyakit Meniere’s
-Masalah Kencing
-Frozen atau Tennis Elbow
-Sakit Belikar/Sakit Bahagian Pinggang/Sakit Kerangka Punggung/Sakit Sendi Tulang.

Pembuktian Penyembuhan

Kaedah rawatan perubatan akupuntur China Klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang-orang awam. Dengan mempunyai 3,500 titik akupunktur diseluruh badan, amat sukar bagi seseorang itu memahami bagaimana titik-titik akupunktur ini mampu memberi penyembuhan kepada pesakit dengan keizinan allah.

Di Amerika Syarikat umpamanya, para ahli saintis telah mula menunjukkan minat  terhadap perubatan ini dan mula mengkaji bagaimana tusukan jarum-jarum ini bertindak di atas badan bila diletakkan ketempat-tempat tertentu. Didalam hasil selidik, mereka dapati aliran tenaga ’qi’ dapat dikeluarkan setiap kali jarum akupunktur ditusuk ketitik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini  dikeluar dan dikontrol oleh endropin dan monimin pada bahagian otak. Dengan cara inilah seseorang ahli akupunktur dapat memberi rawatan yang berkesan dengan hanya meletakkan satu atau dua jarum pada bahagian-bahagian badan yang telah ditetapkan.

Umpamanya: Untuk penyakit kencing manis, 2 jarum hendaklah diletakkan disekitar betis dalam dengan titik yang dinamakan ’Sanjinjio’(SP6). Untuk tekanan Darah Tinggi, titik-titik ’Bahui’(DU20) dan ’Taichong’(LR3)- digunakan selama 7 hari berturut-turut, tekanan darah dapat diturunkan sebanyak 20 hingga 30 unit. Untuk sakit buah pinggang, titik-titik ’Fenshu’(BL13)dan ’Hegu’(LI4) digunakan sebagai 6 terapi berturut-turut dan ianya dapat mengimbangi lebihan protin dan cretinie dalam buah pinggang dan yang menakjubkan ialah perubatan akupunktur ini dapat memberi kelegaan serta merta bagi orang-orang yang mengalami kesakitan-kesakitan yang teruk seperti migrin, sakit bahu, sakit belikat dan sebagainya dengan keizinan allah.

Bagaimana Jarum Akupuntur Bertindak
 
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, Universiti of California didapati bahawa, bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu  badan, ia sekilat pantas akan menghantar masej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorpin dan memomine, iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihadapi. Bila ujian MRI dilakukan terhadap terhadap titik akupunktur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat jelas pada imej MRI.

Sumber dari Clinical Acupuncture & Moxibustion by Prof Dr Nik Omar Bin Haji Nik Daud@ Published by Research Institute Of Medical Acupunture.




11 Fakta Tentang Kopi Radix

1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak men...ggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.

2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.

3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.

4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)

5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.

6. Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan didalam tubuh.

7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.

8. Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.

9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.

10. Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.

11. Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.

Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua.
Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.
See more