Pages

Wednesday, 13 August 2014

Istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan

Bismillah
 
Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan amalan itu berkualiti atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
 
Utamakan perkara fardu
Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah, hendaklah sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu serta menyegerakan qada ibadah seperti puasa untuk memperoleh reda Allah SWT.

Kedua, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan hidayah dan keteguhan iman secara berterusan serta sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana ditekankan oleh syariat Islam.

Ketiga, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat suci al-Quran secara berterusan, berusaha menghafaznya serta dibacakan dalam solat fardu atau sunat. Amalan ini harus dipupuk supaya kita sentiasa berinteraksi, mempelajari, memahami isi kandungan al-Quran.

Rasulullah SAW: “Pertahankanlah dirimu bersama al-Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya al-Quran ini lebih cepat hilangnya daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)    

Keempat, sentiasa berzikir kepada Allah SWT, di samping sentiasa beristighfar kerana ia amalan yang tidak sukar untuk dilakukan dan mempunyai manfaat besar iaitu dapat menguatkan iman serta meneguhkan hati.

Kelima, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah selain berusaha mengenali serta menghayati sejarah hidup Rasulullah, sahabat dan tokoh ilmuwan Islam.

Keenam, sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara mungkar yang boleh merosak dan mematikan hati seperti bersahabat dengan orang yang buruk akhlak, mengeluarkan kata-kata kesat serta lucah kerana ia boleh menyebabkan hati menjadi keras serta sukar untuk menerima hidayah Allah SWT.

Ketujuh, segera bertaubat jika terlanjur melakukan dosa dengan taubat nasuha supaya tidak terjerumus kembali ke lembah kehinaan dan maksiat. Mudah-mudahan dengan melakukan amalan secara istiqamah menjadikan kita insan yang lebih bertakwa. 
 
sumber: berita harian    

Monday, 11 August 2014

Cara buang angin dalam badan

Tahukah anda dengan berbekam boleh membuang angin dalam badan.
 
Jika badan terasa lemah, malas, cepat mengantuk, sering kebas, lenguh-lenguh sendi dan tidak selesa seluruh badan itu tanda berlaku ketidak seimbangan angin dalam badan anda. Angin dikategorikan dalam 3 jenis:-

1. Angin sergah
    - nafas pendek dan cepat letih

2. Angin dalam darah
    - Cepat marah dan emosi tidak stabil

3. Angin dalam sendi
    - Sakit sendi dan sakit pinggang

Punca badan banyak angin:-

- Minum minuman sejuk dan berangin seperti teh.
- Makan makanan berangin seperti nangka, cempedak, tempoyak dsb.
- makan diselang seli dengan air
- makan makanan laut campur makanan darat

Dengan mengamalkan berbekam dapat mengatasi masaalah angin dalam badan. Kerana itu juga wujudnya bekam angin selain daripada bekam basah iatu darah. Ia dapat mengimbangkan unsur angin dalam badan kita.

Hijamah - Tarikh hari sunnah untuk bulan Ogos 2014

Saya SIHAT dan rajin BERSUKAN.
Adakah saya perlu BERBEKAM?

Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum  pernah merasai nikmat berbekam.
 
Ada yang fikir bekam itu hanya untuk orang yang sakit. Memang sudah lumrah orang sakit baru ke hospital. Sebenarnya berbekam juga untuk orang sihat yang ingin terus SIHAT. Inilah hakikat bekam yang anda perlu tahu sebenarnya langkah PENCEGAHAN dari sakit.

Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis!

Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Ogos 2014 ini adalah seperti dibawah:-

13 Ogos 2014 - 17 Syawal (Rabu)
15 Ogos 2014 - 19 Syawal (Jumaat)
17 Ogos 2014 - 21 Syawal (Ahad)



Sihat badan dan sihat minda

Perasaan marah adalakalanya tidak dapat dikawal kerana mungkin dipengaruhi dengan adanya perasaan kecil hati, sakit hati, cemburu atau disebabkan faktor persekitaran di tempat kerja mahupun di rumah. Jika tidak dapat mengawal diri, seseorang mungkin bertindak di luar kewarasan fikiran dan kejadian yang tidak diingini mungkin terjadi.

Tahukah anda sebenarnya kemarahan boleh dikawal. Ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana ia mahu mengawal kemarahan tersebut secara positif atau pun negativ. Mereka yang mampu mengawal kemarahan akan bertindak lebih rasional serta mampu mengawal dan memperbaiki keadaan. Tanganilah permasalahan tersebut dalam keadaan tidak terburu-buru dan belajar erti redho pada kejadian yang berlaku samaada baik mahupun buruk. Cuba belajar bertindak lebih tenang dan biasa sahaja kerana kalau kita yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku itu. Tetapi jika seseorang itu tidak dapat mengatasi kemarahan dan tidak redho pasti lambat laun akan mempengaruhi emosi dan tindakan malah akan menganggu kesihatan diri seperti berkemungkinan akan menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, paras gula akan meningkat dsbnya. Oleh itu, penting untuk kita mengawal emosi marah kerana ia berkait rapat dan mempengaruhi kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.

Kita hendaklah sentiasa selalu bersyukur, menjadi pemaaf dan bahagia terhadap apa jua kejadian yang menimpa pada diri tidak kiralah samaada ianya baik atau pun sebaliknya. Kematangan diri dalam mengawal kemarahan mencerminkan kematangan psikologi seseorang kerana ia berupaya tidak membiarkan diri di kawal oleh keadaan.

Thursday, 17 July 2014

Syukur terpilih menjadi tetamu allah pada 1435h

Haji adalah JIHAD bagi mematuhi segala rukun, wajib, syarat sah rukun dan menjaga larangan ihram di tempat dimana cuaca, bentuk muka bumi, budaya dan cara pergaulan yang sangat berlainan dengan Malaysia. 
 
Tabung Haji telah mula mengeluarkan surat tawaran kepada bakal-bakal haji untuk 1435H pada bulan Disember 2013. Kami juga telah menerima surat tawaran tersebut pada 17 Disember 2013 dan perlu memberi pengesahan samaada menerima atau menolak sebelum 9 Januari 2014. Semasa menjawab menerima tawaran kami perlu pastikan simpanan didalam tabung haji sebanyak RM9,980.00 bagi mereka yang baru pertama kali mengerjakan haji mencukupi. Hanya allah yang tahu perasaan gembira dan terharu bila mendapat surat tawaran tersebut. Apatah lagi bila ibu dan ayah juga terpilih menjadi tetamunya sekali. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan selain syukur kepada allah kerana diberi peluang menjadi tetamunya pada tahun ini. Kemanisan yang tidak pernah dibayangkan. Menjadi tetamu bersama insan-insan yang kami sayang.
 
" Allah maha pengampun. Allah maha pengasih. Allah maha penyayang"
 
Kita insan terpilih. Kita di sini bukan kerana kita kaya, bukan kerana kita banyak duit...tetapi kita insan terpilih. Allah buka hati dan buka jalan hingga kita berada di sini....bersyukurlah.
 
Terima kasih Allah. Segala perancangan allah jua. Dan kami sendiri tidak pernah menyangka menjadi tetamunya dalam masa terdekat ini berdasarkan kemampuan, namun allah itu lebih mengetahui dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Dan perancangan allah mengatasi perancangan kita. Sesungguhnya dia yang menguasai seluruh alam semesta ini.
 
Peringatan kepada kami dan semua bakal jemaah haji 1435H, persiapkanlah diri dengan kekuatan kerohanian, ilmu agama dan menjaga kesihatan diri agar dapat melakukan ibadat di tanah suci kelak. Insyallah.

Permudahkan urusan hamba mu ini ya allah.
 



Monday, 23 June 2014

Buah pinggang


Tahukah anda, di Malaysia bilangan pesakit buah pinggang meningkat setiap tahun. Dan ianya sering berkait rapat dengan penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Pengurangan fungsi buah pinggang akan menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit kepada tubuh badan.
Pesakit buah pinggang akan cepat keletihan kerana kekurangan tenaga dalam badan. Oleh itu, mereka perlu mengambil makanan yang tepat dan memilih yang lebih sihat agar dapat memberikan tubuh nutrien yang secukupnya. Selain pengambilan makanan yang betul pesakit perlu  melakukan rawatan al hijamah dan akupuntur pada point point yang tertentu secara konsisten setiap bulan. Mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih cergas dan ceria kerana rawatan tersebut dapat membantu sel darah mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, tisu selain organ akan menjadi lebih sihat kerana fungsi utama darah kita adalah mengangkut oksigen sebagai nutrisi utama sel darah kepada organ tubuh.

Memilih untuk menjalani rawatan dialisis atau pembedahan pemindahan buah pinggang bukanlah pilihan yang terakhir. Walaupun dialisis dikatakan dapat membantu 'mengambil alih' tugas-tugas buah pinggang yang rosak dengan membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Pesakit yang menjalani dialisis pasti merasakan suasana berbeza kerana mereka terpaksa bergantung hidup pada mesin sepanjang hayat mereka.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat dan rawatan lanjut.

Sunday, 22 June 2014

Cara neutral untuk penyingkiran toksin dari badan

Adakah anda mengalami masalah kesihatan seperti dibawah:-
 
a) cepat berasa penat
b) sakit kepala
c) jerawat
d) sembelit
e) berat badan berlebihan
f) insomnia
g) haid tidak teratur termasuk mulut berbau
h) masalah kulit
 
Kesemua diatas merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan. Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.
 
Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:
 
- Berpuasa. Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.
 
- Hati. Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula melalui rawatan akupuntur atau dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
 
- Sistem penghadaman. Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil.
 
- Air mineral. Jangan lupa minum air masak secukupnya.
 
- Melalui rawatan al  hijamah dan akupuntur yang dibuat secara konsisten setiap bulan.


sumber: Utusan Melayu (M) Bhd