Showing posts with label AL HIJAMAH/BEKAM. Show all posts
Showing posts with label AL HIJAMAH/BEKAM. Show all posts
Sunday, 28 December 2014
Thursday, 25 December 2014
Tuesday, 25 November 2014
Hijamah - Tarikh Hari Sunnah bulan Disember 2014
Adakah saya SIHAT?
Adakah saya mengambil pemakanan yang seimbang?
Adakah saya kurang senaman dan bersukan?
Adakah saya perlu BERBEKAM?
10 Disember 2014 - 17 Safar (Rabu)
12 Disember 2014 - 19 Safar (Jumaat)
14 Disember 2014 - 21 Safar (Ahad)
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
Adakah saya mengambil pemakanan yang seimbang?
Adakah saya kurang senaman dan bersukan?
Adakah saya perlu BERBEKAM?
Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum pernah merasai nikmat berbekam.
Ada yang fikir bekam itu hanya untuk orang yang sakit. Memang sudah lumrah orang sakit baru ke hospital. Sebenarnya berbekam juga untuk orang sihat yang ingin terus SIHAT. Inilah hakikat bekam yang anda perlu tahu sebenarnya langkah PENCEGAHAN dari sakit.
Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis.
Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Disember 2014 ini adalah seperti dibawah:-
10 Disember 2014 - 17 Safar (Rabu)
12 Disember 2014 - 19 Safar (Jumaat)
14 Disember 2014 - 21 Safar (Ahad)
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.

Wednesday, 5 November 2014
Hijamah - Tarikh hari sunnah untuk November 2014
Monday, 11 August 2014
Cara buang angin dalam badan
Tahukah anda dengan berbekam boleh membuang angin dalam badan.
Jika badan terasa lemah, malas, cepat mengantuk, sering kebas, lenguh-lenguh sendi dan tidak selesa seluruh badan itu tanda berlaku ketidak seimbangan angin dalam badan anda. Angin dikategorikan dalam 3 jenis:-
1. Angin sergah
- nafas pendek dan cepat letih
2. Angin dalam darah
- Cepat marah dan emosi tidak stabil
3. Angin dalam sendi
- Sakit sendi dan sakit pinggang
Punca badan banyak angin:-
- Minum minuman sejuk dan berangin seperti teh.
- Makan makanan berangin seperti nangka, cempedak, tempoyak dsb.
- makan diselang seli dengan air
- makan makanan laut campur makanan darat
Dengan mengamalkan berbekam dapat mengatasi masaalah angin dalam badan. Kerana itu juga wujudnya bekam angin selain daripada bekam basah iatu darah. Ia dapat mengimbangkan unsur angin dalam badan kita.
Hijamah - Tarikh hari sunnah untuk bulan Ogos 2014
Saya SIHAT dan rajin BERSUKAN.
Adakah saya perlu BERBEKAM?
Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum pernah merasai nikmat berbekam.
Ada yang fikir bekam itu hanya untuk orang yang sakit. Memang sudah lumrah orang sakit baru ke hospital. Sebenarnya berbekam juga untuk orang sihat yang ingin terus SIHAT. Inilah hakikat bekam yang anda perlu tahu sebenarnya langkah PENCEGAHAN dari sakit.
Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis!
Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Ogos 2014 ini adalah seperti dibawah:-
13 Ogos 2014 - 17 Syawal (Rabu)
15 Ogos 2014 - 19 Syawal (Jumaat)
17 Ogos 2014 - 21 Syawal (Ahad)
Adakah saya perlu BERBEKAM?
Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum pernah merasai nikmat berbekam.
Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis!
Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Ogos 2014 ini adalah seperti dibawah:-
13 Ogos 2014 - 17 Syawal (Rabu)
15 Ogos 2014 - 19 Syawal (Jumaat)
17 Ogos 2014 - 21 Syawal (Ahad)
Monday, 23 June 2014
Buah pinggang
Tahukah anda, di Malaysia bilangan pesakit buah
pinggang meningkat setiap tahun. Dan ianya sering berkait rapat dengan penyakit
diabetes dan tekanan darah tinggi. Pengurangan
fungsi buah pinggang akan menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit kepada
tubuh badan.
Pesakit buah pinggang akan cepat keletihan kerana
kekurangan tenaga dalam badan. Oleh itu, mereka perlu mengambil makanan yang tepat dan
memilih yang lebih sihat agar dapat memberikan tubuh nutrien yang secukupnya. Selain
pengambilan makanan yang betul pesakit perlu melakukan rawatan al hijamah dan akupuntur pada
point point yang tertentu secara konsisten setiap bulan. Mereka akan dapat
menjalani kehidupan yang lebih cergas dan ceria kerana rawatan tersebut dapat membantu
sel darah mendapat bekalan oksigen
yang mencukupi, tisu selain organ akan menjadi lebih sihat kerana fungsi utama
darah kita adalah mengangkut oksigen sebagai nutrisi utama sel darah kepada
organ tubuh.
Memilih untuk menjalani rawatan dialisis atau pembedahan
pemindahan buah pinggang bukanlah pilihan yang terakhir. Walaupun dialisis dikatakan
dapat membantu 'mengambil alih' tugas-tugas buah pinggang yang rosak dengan
membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan
membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Pesakit yang menjalani dialisis
pasti merasakan suasana berbeza kerana mereka terpaksa bergantung hidup pada
mesin sepanjang hayat mereka.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat dan rawatan
lanjut.
Sunday, 22 June 2014
Cara neutral untuk penyingkiran toksin dari badan
Adakah anda mengalami masalah kesihatan seperti dibawah:-
a) cepat berasa penat
b) sakit kepala
c) jerawat
d) sembelit
e) berat badan berlebihan
f) insomnia
g) haid tidak teratur termasuk mulut berbau
h) masalah kulit
Kesemua diatas merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan. Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.
Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:
- Berpuasa. Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.
- Hati. Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula melalui rawatan akupuntur atau dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
- Sistem penghadaman. Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil.
- Air mineral. Jangan lupa minum air masak secukupnya.
- Melalui rawatan al hijamah dan akupuntur yang dibuat secara konsisten setiap bulan.
sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 26 August 2013
Strok dengan hijamah dan akupuntur
Penyakit kardio serang tanpa mengira usia.
Mungkin ramai tidak terlintas dalam fikiran, strok boleh menyerang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja remaja. Malah ramai tidak mengambil kisah dan sering menganggap, penyakit itu hanya dideritai orang tua atau individu berusia yang tidak aktif serta obes. Kini, masalah strok tidak hanya mensasarkan mereka berusia 50 tahun ke atas tetapi turut dihidapi golongan muda. Bukan saja individu berusia 45 tahun ke atas lebih terdedah kepada strok pendarahan, malah yang berusia muda ini juga jangan sesekali menangguh berjumpa doktor." Dr Mak Choon Soon, Perunding Neurologi, Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur. Kadar kematian disebabkan strok turut dilaporkan akan meningkat hampir dua kali ganda, menjelang 2020 dan ia menjadi penyakit keempat tertinggi di negara ini.
Di Amerika Syarikat pula, mendapati ada kesan peningkatan strok kalangan golongan muda. Laporan menunjukkan kanak-kanak seawal usia 8 tahun diberikan ubat statin jika mereka gemuk. Penggunaan ubat-ubatan statin merendahkan kolesterol dalam badan dan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko lebih besar kepada strok.
Klasifikasi strok
Justeru, impak angin ahmar atau strok seharusnya digeruni. Ia berlaku disebabkan saluran darah membawa zat makanan (nutrien), oksigen ke otak tersumbat dan pecah, seterusnya menyebabkan anggota badan dikawal sel saraf tidak dapat berfungsi. Bagaimanapun, disebabkan kurang fahaman, ada juga menyangkakan penyakit itu berpunca akibat serangan jantung.
Dr Mak Choon Soon, berkata penyakit itu juga boleh berlaku akibat tekanan terlampau tinggi pada bahagian otak seterusnya menyebabkan salur darah dalam otak pecah. Penyakit ini dikategorikan kepada dua jenis iaitu pembuluh darah (trombus) tersumbat mengakibatkan oksigen dan darah terganggu serta adanya pembuluh darah pecah. Biasanya strok pendarahan berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat. Ia lebih berbahaya berbanding strok bukan pendarahan kerana serangannya boleh menyebabkan ajal manakala peluang pemulihan sepenuhnya tipis,” katanya.
Gejala serangan
Serangan penyakit strok itu, kata Dr Mak, tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Fungsi bahagian berlainan dalam badan dikawal oleh bahagian berbeza dalam otak. Gejala berbeza bergantung kepada bahagian otak terjejas dan pada saiz kerosakan. Gejala yang timbul biasanya termasuk satu atau lebih. Antara gejala strok ialah ia terjadi secara tiba-tiba, pesakit terasa kebas sebelah badan sama ada kaki atau tangan, butir percakapan tidak difahami dan sakit kepala teruk atau pening secara mendadak. Pesakit juga mungkin mengalami muntah dan tidak seimbang atau stabil ketika berjalan dan nampak keliru. Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok. Kecederaan saraf otak serius boleh menjejaskan neurologi (sistem saraf), pergerakan, pertuturan, watak, penglihatan, pendengaran mahupun memori. ia juga mengakibatkan pesakitnya mengalami masalah dimentia iaitu kemerosotan dalam fungsi kognitif akibat kecederaan atau penyakit pada otak.
Risiko boleh dielakkan
Kehidupan remaja yang tidak sihat berkecenderungan mengundang penyakit berbahaya ini dan menyerang secara senyap termasuk menerusi jangkitan virus. Oleh itu amalan pola sihat amat penting bagi mengelakkan serangan maut itu terutamanya dalam pengambilan pemakanan seimbang. Melakukan al hijamah, akupuntur, bersenam boleh mengembalikan kesihatan. Jika mempunyai diabetes, rawatan untuk menyimpan gula dalam darah anda dengan seberapa normal yang mungkin adalah penting. Pastikan tekanan darah diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika tinggi, ia boleh dirawat. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala, tetapi boleh merosakkan arteri.
Jangan tangguh
Katanya, individu diserang strok perlu dihantar ke bahagian kecemasan selewat-lewatnya empat jam jika ada tanda-tanda supaya doktor boleh membuat pemeriksaan. Satu daripada perkara penting pastinya tahap kesedaran pesakit untuk elak keadaan bertambah parah. "Jika pesakit diserang strok dan jatuh koma peluang mungkin sukar. Bukan saja individu berusia 45 tahun ke atas lebih terdedah kepada strok pendarahan, malah yang berusia muda ini juga jangan sesekali menangguh berjumpa doktor.
“Doktor biasanya boleh mendiagnosis strok daripada gejala yang biasa dialami pesakit. Ujian biasa dilakukan termasuk imbasan otak. Ini bagi menentukan jenis strok dan menentukan menyebabkan strok atau mungkin menyerupai gejala sama. Remaja yang diserang juga akan menjalani proses seperti ujian darah untuk memeriksa paras gula di dalam darah dan kolesterol serta ujian X-ray pada dada dan ECG untuk mengesan jantung atau paru-paru,” katanya.
Faktor penyebab strok:
* Trauma.
* Penyakit salur darah dalam otak:
a) Salur darah boleh rosak (aneurysm). Seperti belon, ia mengembang dan pecah.
b) Vasculitis (jangkitan pada salur darah).
c) Kongenital (sejak lahir).
* Masalah Arterio-Venous Malformation (AVM) iaitu gumpalan saluran darah yang tidak normal dan tidak mempunyai kapilari di antara arteri dan vena.
* Pesakit mengambil ubat pencair darah seperti pesakit jantung/ menagih kokain.
* Amylodysis - penyakit golongan yang biasanya berusia 75 tahun ke atas disebabkan salur darah mudah pecah.
* Kanser dalam otak menyebabkan pendarahan.
Masalah yang mungkin berlaku:
* Masalah dengan keseimbangan dan penyelarasan.
* Masalah untuk menelan makanan. Dalam kes tertentu, ia boleh membahayakan kerana makanan mungkin memasuki hujung salur udara dan tidak turun ke tekak apabila anda makan.
* Kesukaran dengan proses mental. Sebagai contoh, mengalami kesukaran dalam pembelajaran, tumpuan mahupun mengingat.
* Emosi terjejas. Berikutan strok, sesetengah orang mungkin menangis atau ketawa pada masa tertentu tanpa alasan jelas.
Jenis ujian yang diperlukan:
Tahap sedar pesakit akan menentukan rawatan susulan yang dijalankan selain usia dan jenis penyakit lain mungkin dihadapi pesakit. Ada dua jenis rawatan iaitu rawatan perubatan dan rawatan pembedahan.
* Untuk pesakit muda dengan tahap kesedaran kurang dan saiz pendarahan besar, pembedahan mungkin perlu dilakukan selain merawat punca.
* Pembedahan biasanya dilakukan untuk membuang darah beku dan mengurangkan tekanan di dalam otak.
* Serangan strok juga boleh dirawat secara perubatan seperti menjalani fisioterapi tapi mengambil masa lama untuk pulih kira-kira setahun.
* Bagaimanapun, pesakit tidak pulih 100 peratus kerana ketika berlaku pendarahan, bahagian otak terbabit mengalami kerosakan. Walaupun pembedahan dilakukan, bahagian mengandungi darah beku itu sudah terjejas.
* Tidak seperti organ lain, otak tidak mempunyai kemampuan sembuh sendiri. Terapi rehabilitasi penting bagi memulihkan pesakit yang mengalami strok.

sumber: Berita Harian
Wednesday, 22 May 2013
Manfaat Berbekam
Pada malam aku diisra'kan, aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)" "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT". (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia." "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim) "Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)
Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.
Dari Salma, seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah". Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit." Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
"Berbekam pada siang hari sebelum makan adalah yang terbaik di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
KEDUDUKAN TUKANG BEKAM
Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam kerana ia mengeluarkan darah, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Ada hadits pendek namun sarat makna dikutip Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya: "sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain."
Kelebihan berbekam sangat banyak. Diantara manfaatnya adalah untuk membuang racun dan toksid dipermukaan kulit atau lebih dikenali sebagai detokfikasi darah iaitu dengan cara membuang angin atau darah kotor dari badan. Bagi orang yang takut dengan darah memadailah dengan berbekam angin (dry cuppping). Rasulullah S.A.W bersabda" sesunguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan".
Sila hubungi kami di talian 012-6618355 untuk mendapatkan rawatan ini.
Monday, 18 March 2013
Sunday, 3 March 2013
Doctor terbaik
doctor terbaik bagi kita siapa?
sudah tentu jawapannya : Rasulullah SAWkan.
pengubatan yang beliau wariskan utk kita sgt rasional. Tiada kesan sampingan jauh sekali memudaratkan tubuh badan. Selain doa dan kombinasi pemakanan sihat spt habatussauda, kismis, delima, madu, kurma dan zaitun. Nabi kita juga mengamalkan berbekam.
Hari yg baik utk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan dlm kalender islam.
Sunday, 4 December 2011
TITIK EFEKTIF BEKAM
KATIFAIN / DUA BAHU
"Rasulullah S.A.W telah berbekam di 'Akhdain' dan di antara dua bahunya" (HR A.Dawud).
Antara faedahnya :
a) Menormalkan Tekanan Darah
b) Asid Urik Berlebihan
c) Kolesterol
d) Payah Mengawal Emosi
e) Angin
f) Reda Sakit Di Bahu Dan Leher

TITIK BEKAM EFEKTIF
TITIK-TITIK BEKAM EFEKTIF
"Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada (Akhda’ain dan Kahil) ".- (HR.Termizi, Ahmad,Ibnu Majah). Baginda biasa berbekam pada hari ke 17,19,21.Titik ini adalah pada urat di tepi kiri dan kanan leher. Kadang-kadang posisinya agak tersembunyi. Manfaatnya ialah mengatasi :-
- Melancarkan perjalanan darah ke bahagian kepala.
- Pening kepala
- Migrain
- Vertigo
- Daya ingatan lemah
- Mengantuk
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan berbekam ditengah tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit". (HR At-Thabrani). Sesuai dengan hadith Nabi S.A.W sekitar tahun 600 masihi bahawa pembekaman pada satu cara disekitar tengkuk saja dapat menyembuhkan 72 penyakit.
TITIK-TITIK BEKAM YANG EFEKTIF
UMMU MUGHTIS /PUNCAK KEPALA
Dari Ibnu Umar R.A, becerita bahawa Nabi Muhamad pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan Ummu Mughtis.
"Sesungguhnya Nabi S.AW. telah berbekam di kepala dalam keadaan ihram kerana sakit kepala". (HR Bukhari)
Titik tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk menghilangkan penyakit dibawah:-
- Pengaruh Sihir
- Stroke/Angin Ahmar
- Migrain
- Stress
- Lambat Uban
- Seimbang Hormon
- Pening Berpusar
- Hipertensi
Friday, 2 December 2011
BEKAM
Nabi menggalakkan umatnya berbekam dengan tujuan merawat dan dapat mencegah penyakit. Berbekam bertujuan bagi rawatan pada hari ini dikenali sebagai therapeutic phlebotomy dan pencegahan dikenali sebagai preventive phelebotomy. Oleh sebab bekam berkaitan dengan darah, saya ingin menjelaskan kepentingan cecair ini sebelum memulakan tajuk ini.
Darah
Darah bertanggungjawab ke atas penghantaran zat-zat dan oksigen kepada setiap sel di dalam tubuh kita dan juga membawa keluar bahan buangan metabolisme daripada sel untuk perkumuhan di dalam buah pinggang dan paru-paru. Darah adalah `jaga’ kepada sistem pelalian badan kita. Pengaliran sel darah putih, enzim dan faktor pelalian yang lain bersedia 24 jam `mencari dan memusnahkan’ makhluk asing. Darah kotor tidak berkemampuan menjalankan tugas ini. Keputusannya, mulnutrisi berlaku, ketahanan badan merosot, toksemia (keracunan darah) menjadi kronik dan kuman menyerang tisu kita yang paling lembut. Kita hidup dalam masyarakat moden dimana peradaban dirosakkan oleh pencemaran alam sekitar dan keburukan amalan pemakanan.
Di dalam darah dan tisu kita terkumpul toksin yang secara perlahan-lahan menghakis kecergasan badan kita. Jikalau kita tidak membuang toksin tersebut dalam tempoh tertentu, timbunan toksin akan membesar sehingga badan kita tidak dapat bertahan lagi dan kita akan jatuh sakit. Doktor di dalam badan kita hilang kawalan dan kita diserang oleh penyakit kronari, barah, hipertensi, penyakit buah pinggang, angin ahmar, lelah, artritis, rheumatism dan lain-lain penyakit yang berbahaya. Keracunan darah sudah menjadi masalah besar dalam masyarakat moden dan menjadi penyebab kepada banyak kesakitan, penderitaan dan kerugian sumber manusia.
Pengaliran darah bersih yang tidak terhalang dan tenaga kecergasan adalah faktor penting kesihatan. Jikalau terdapat terlalu banyak kotoran toksid di dalam badan kita ia mengakibatkan terjadinya stasis darah atau penakungan darah dan ini menghalang kelancaran perjalanan tenaga dan darah di dalam badan kita, menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit yang serius. Dalam keadaan hari ini di mana terdapatnya penyakit jantung, barah, angin ahmar, penyakit buah pinggang, hipertensi, arthritis, rheumatism dan lain-lain lagi yang sentiasa bertambah, kita seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada bekam sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit yang berbahaya ini supaya kehidupan menjadi lebih sihat dan baik.
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
Sumber : Bekam Inovatif (Al-Hijamah) Dr.Helena Abdullah, Terbitan Heles Corporation Sdn Bhd
Wednesday, 30 November 2011
RAWATAN AL HIJAMAH/BEKAM /CUPPING,
BERUBAT MENGIKUT NABI- TERAPI ALTERNATIF BAGI ORANG ISLAM (PERUBATAN ALTERNATIF TERUNGGUL)
Rasulullah Saw bersabda, "Sesungguhnya cara perubatan yang paling ideal yang kamu pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Sahih Bukhari dan Muslim)
``Jika pada sesuatu yang kamu pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu ialah bekam.” (Hadis Sahih)
Rahsia kehebatan kaedah kaedah rawatan Rasulullah telah terbukti masa kini.Ketika manusia panik mencari penyelesaian, walaupun di zaman ilmu perubatan yang semakin canggih, masih banyak pesakit yang menemui jalan buntu. Apabila hilang kesabaran dalam menanggung penderitaan dan ditambah dengan kos rawatan dan kesan sampingan yang semakin meningkat, maka semakin ramai beralih kepada kaedah rawatan alternatif dan terapi bersumberkan bahan semulajadi dalam menyembuhkan penyakit mereka. Kaedah perubatan bekam, telah diamalkan oleh Rasulullah sebagai satu testimoni yang sangat kuat, berdasarkan hadis-hadis baginda. Jaminan penyembuhan dan kemujarabannya tidak dapat menandingi kaedah rawatan lain, ini terbukti pada Rasulullah sendiri.
BAGAIMANAKAH MEMAHAMI BEKAM
Adakah anda mendengar istilah bekam? Apakah anda pernah dibekam?”Berbahagialah kalau anda menjawab,``pernah”. Sebab dari seolan yang selalu ditujukan pada kaum muslimin menunjukkan bahawayang belum mendengar istilah bekam sebanyak 80%, sedangkan yang belum pernah dibekam sebanyak 90%.Kenyataan ini sungguh bermakna.Ini kerana bekam sudah dikenali ribuan tahun yang lalu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia hingga saat ini.
Bekam merupakan terjemahan dari hijamah, dari kata al-hajmu, yang beerti pekerjaan membekam.Al-hijmu berti menghisap atau menyedut.Hijamah atau bekam diertikan sebagai peristiwa penghisapan darah dengan alat menyerupai tabung,serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan penyedutan yang kemudian ditampung di dalam gelas.Dilihat sepintas lalu, nampaknya pengubatan dengan kaedah bekam tidak memberi manfaat apa-apa, bahkan kelihatan kono,tidak rasional dan mengada-ngada. Apabila dibandingkan dengan penggunaan moden yang memakai ubat-ubat sintetik serta pembedahanyang memerlukan belanja mahal.
Bekam lebih praktis, tanpa kesan sampingan, murah dan boleh mengatasi banyak penyakit yang tidak boleh ditangani oleh kedoktoran moden.
Memang, sekarang ini segala sesuatu berbau `barat’ yang didominasikan orang Nasrani dan Yahudi nampak indah menyenangkan dan menyembuhkan.Ini memang usaha mereka untuk menjauhkan kaum muslimin dari kitabnya, al-Quran. Mereka mengetahui bahawa apabila kaum muslimin berpegang teguh pada ajarannya, pastilah mereka akan berjaya dan menguasai dunia, seperti yang pernah dialami oleh umat islam pada abad 8- 12 Masihi, dimana waktu itu ilmu kedoktoran berkembang menguasai daratan Eropah, sehingga muncullah doktor-doktor muslim dengan kedoktoran islamnya, seperti `Ali ` Abbas Al-Majusi, Abu Bakar Ar-Rozi, Al- Biruni, Ibnu Sina, Az-Zahrowi,Ibnu Maimun,Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dan lain-lain.
Padahal waktu itu kaum Nasrani sendiri susah untuk meningkatkan keilmuannya, kerana terikat dengan pendapat gereja yang menyebut pengetahuan moden bertentangan dengan Bibel. Inilah menyebabkan kaum Nasrani beramai-ramai meninggalkan ajarannya,termasuk dalam bidang kedoktoran. Kaum muslimin hanya asyik menumpukan pada ibadah harian ,solat,puasa,haji,sehingga sains dan kedoktoran dikuasai sepenuhnya oleh orang-orang Nasrani dan Yahudi.
Kaum muslimin jarang sekali mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Nabi s.a.w yang sangat lengkap. Di antara sebahagian kedoktoran warisan Nabi yang dilupakan itu adalah bekam.Bahkan mendengar pun belum pernah. Malahan ilmu bekam diserahkan ke dunia barat,sehingga mereka melakukan penelitian dan pembuktian terus-menerus, yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan sehari-hari,walaupun mereka tidak menamakannya bekam, tetapi tetap memakai prinsip kerja bekam, menyedut darah dan mengumpulkannya dan mengeluarkannya, dengan teknik dan teknologi canggih.
Hingga muncullah ahli bekam dari negara barat,seperti:
Doktor Michael Reed Gach dari California dengan bukunya ’Potent Poins, A Guide To Self Carefor Common Ailments’. (Titik-titik Berkhasiat Sebagai Panduan Perawatan Diri Dan Pengubatan Penyakit Umum).
Atau penelitian Kohler D (1990) dengan bukunya ’The Connective Tissue As The Physical Medium For Conduction Of Healing Energy In Cupping Therapeutic Method.(Jaringan Ikat Sebagai Media Fisik Untuk Menghantar Tenaga Pengubatan Dengan Bekam)
Atau tulisan Thomas Anderson (1985) yang berjudul ’100 Diseases Treated by Cupping Method’.(100 Penyakit Yang Dapat Diubati Dengan Bekam).
Ini ternyata sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. sekitar tahun 600 M yang diriwayatkan oleh At-Thabrani, bahawa pembekaman pada satu cara disekitar tengkok saja dapat menyembuhkan 72 penyakit . Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam ditengkok, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh penyakit.”
Ketika kaum muslimin mengetahui perkara ini, mereka kehairanan,dan mengagung-agungkan bahawa itulah kaedah pengubatan barat yang canggih. Padahal, ketahuilah itu adalah ilmu yang mereka tinggalkan dan diserahkan kepada orang-orang barat,seperti yang telah disampaikan olehImam Syafie yang menyesali kealpaan kaum muslimin terhadap ilmu kedoktoran. Beliau mengatakan:
"Mereka (kaum muslimin) mengabaikan sepertiga ilmu dan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani."
Di tengah derasnya serbuan pengubatan moden mahupun alternatif dari negara barat, China dan India yang menyerbu lingkungan kita yang tidak menyembuhkan secara sempurna, tetapi malahan menimbulkan komplikasi yang lebih berat, memaksa kita untuk menggunakan bahan dan cara yang haram, bahkan dapat membawa kita kepada perbuatan syirik. Oleh itu kita harus berusaha untuk memperkenalkan salah satu dari kaedah pengubatan yang berdasarkan wahyu Allah melalui Nabi Muhammad s.a.w. kepada kaum muslimin.
BERBEKAM & RELEVANNYA PADA HARI INI
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah dalam hadis hasan gharib Nabi Muhamad menceritakan berkenaan Israk dan Mikraj dan beliau bertemu dengan kumpulan para malaikat mereka menasihati beliau supaya memberitahu umat berkenaan kepentingan berbekam.
BERBEKAM PADA ZAMAN NABI
Berbekam bermaksud mengeluarkan darah bagi tujuan kesihatan, contohnya bagi merawat dan mencegah penyakit. Dalam ilmu perubatan moden berbekam dikenali sebagai venesection, venipuncture atau phlebotomy. Hadis yang disebutkan sebelum ini menunjukkan berbekam akan terus menjadi relevan sehingga ke akhir zaman.
ANGGOTA BEKAM
Menurut Abu Daud dan Ibnu Majah, pada zaman Nabi beliau berbekam dengan mengeluarkan darah di bahagian kepala, diantara dua bahu dan di bahagian kaki.
Abu Kabshah al-Althamari melaporkan, Nabi sering kali berbekam di bahagian kepala dan diantara dua bahu beliau. Dalam perubatan moden yang membawa maksud darah kotor adalah venous blood yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan kumuh yang lain.
WAKTU-WAKTU BERBEKAM
Nabi menggalakkan seseorang berbekam secara sedikit-sedikit dan daripada semasa ke semasa
Menurut Abu Daud Nabi berkata,
"Barangsiapa berbekam pada hari 17,19,21 pada setiap bulan, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit".
"Barangsiapa berbekam pada hari 17,19,21 pada setiap bulan, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit".
Tuesday, 29 November 2011
Thursday, 27 October 2011
Bekam perubatan terbaik
Bekam rawatan Islam yang saintifik, selamat dan berkat
Walaupun ianya sudah ribuan tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.
Sejarah bekam
Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman Rasulullah lagi. Baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.
Mengapa kita digalakkan Berbekam?
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa. Darah beku haruslah dikeluarkan dengan apa cara sekali pun. Namun kaedah perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, kita harus mencari kaedah perubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah beku tersebut agar tubuh badan tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam. Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT. Selain itu “Al-Hijamah adalah termasuk dalam fardhu kifayah.
Perubatan Terbaik
Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging yang dipanggang dan menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebahagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebahagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam. Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api.
“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi).
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)
Subscribe to:
Posts (Atom)