Wednesday, 27 March 2013
Gaut

Gaut ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gaut ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin) dan bakinya melalui ketulan najis. Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.
Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gaut. Apabila pesakit gaut menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Pengambilan kerap pain killer akan melemahkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin lemah, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Langkah yang perlu diambil dalam perubatan herba ialah:-
- Banyakkan minum air masak terutama sekali sebelum masuk waktu tidur.
- Amalkan pemakanan sihat
- Amalkan berbekam
- Minum susu kambing
- Elakkan memakan makanan seafood, kekacang dan makanan yang diproses
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
Sunday, 24 March 2013
Pembetulan Tulang Belakang
Sebab terjadinya slip disc berkemungkinan disc intervertebral (terkeluar), faktor usia, kegemukan, sentakan yang tiba-tiba, terseliuh, kemalangan yang melibatkan disc L4-L5, L5-S1, otot tulang belakang yang lemah dan mengangkat barang berat dengan teknik yang salah.
Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan satu method yang diperlukan untuk membantu dalam perawatan JAWI. Dari tulang cervical sampailah ketulang ekor (coccyx) dimana kesemuanya memberikan kesan perubahan kesihatan jika tidak di ubati dengan betul. Hanya dengan cara gerakan yang ringan dan mudah tulang dapat dibetulkan. Ia boleh dilakukan dalam keadaan duduk, tidur, berbaring dan juga berdiri.
Symptom masaalah di tulang belakang ialah rasa kebas di hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat diperlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsim. Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis. Tubuh akan berusaha untuk menghilangkan asidosis tersebut dengan mengambil atau menyerap kalsim daripada tulang atau gigi. Makanan yang kita makan pada hari ini juga kebanyakkan menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsim daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserapdaripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalid didalamnya. Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Selain itu pengambilan spirulina boleh menguatkan tulang. Spirulina kaya dengan kalsium, magnesium dan fosforus. Ketiga mineral ini sangat penting untuk pembentukan tulang rawan dan dapat mengelakkan osteoporosis.
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
sumber: Jawi Herb Shops
Friday, 22 March 2013
Belajar Bersyukur
Sifat syukur itu ada 3,
1) bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan.
2) bersyukur dengan hati berniat melakukan kebaikan. Bersyukur dengan lisan ialah mengucapkan syukur kepada-Nya.
3) melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebut (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.” (Surah Al-Dhuha, ayat 11).
Jangan hanya bersyukur pada lisan, tetapi kufur pada tindakan dan perbuatan. Semua nikmat yang Allah berikan hanyalah pinjaman saja. Ambillah pengajaran dari kisah Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi kerana kufur nikmat kekayaan yang Allah SWT berikan. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Thursday, 21 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

