Pages

Tuesday, 26 February 2013

Hutang



Roh orang yang berhutang tertahan di ashhbul A’raf walaupun mati syahid. Ayat Al Quran paling panjang dalam surah yang paling panjang ialah mengenai hutang. Dan ayat hutang itu asal mulanya hanya tentang sebuah bekas air! Oleh itu jika rezki ada yang datang menjengah, katakan pada diri ini, “ini ‘bantuan’ Allah untuk melunasi hutang-hutangku. Aku akan makan-minum sekadarnya, menggunakannya hanya di tahap keperluan dan selebihnya digunakan untuk membayar hutang!”

Dan mulai saat ini, cubalah berazam tidak akan berhutang hanya untuk ‘melebihi’ kadar keperluan dan kemampuan hidup. Kita sepatutnya malu… bila harga diri dipertaruhkan sebagai ‘deposit’ untuk berhutang. Teringat kata Saiyidina Umar, “jika minum seteguk air di ketika sangat dahaga itu akan menjatuhkan harga diriku… nescaya aku tidak akan meminumnya!” Ya, alangkah berertinya hidup ini jika kita ‘memberi’…

Dan memberi paling utama ialah ‘memulangkan’ semula hak kepada pemiliknya.

Memberi tak pernah rugi



berhentilah mencari yang terbaik...tetapi, jadilah yang terbaik kepada pasangan kita.
Kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Gunakan kelebihan kita menutupi kekurangan dirinya,
dan kelebihan dirinya akan menutupi kekurangan diri kita...
Itulah kebahagiaan hidup...insyallah

Monday, 25 February 2013

Bagaimana mengatasi perasaan marah


MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu tanpa kawalan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Apabila marah perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab. Apakah tindakan yang perlu kita lakukan ketika rasa marah:-
  • Baca doa "aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam" Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
  • Menjaga pemakanan. Pastikan yang HALAL kerna makanan akan menjadi darah daging.
  • Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
  • Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
  • Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
  • Berdiam diri.
  • Banyakkan berzikir dan selawat.
  • Melakukan amalan seperti solat taubat, buat baik, membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
  • Kegiatan Fizikal - badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi.
  • Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri.
  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.
  • Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

Sunday, 24 February 2013

Penawar Kanser -B17

Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu meningkatkan kesihatan sekaligus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kronik metabolik. Selain kaya dengan Vitamin B17 yang dapat membantu merencat perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di tubuh badan."

Friday, 15 February 2013

Buah Delima


Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut. Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Ia mengandungi unsur nutrien seperti vitamin C, niasin, tiamin, fosforus, riboflavin, dan kalsium serta sodium. Bersifat lembap dan panas serta amat baik untuk dada dan paru- paru kerana ia membantu melegakan batuk juga untuk menguatkan perut dan tekak.

Thursday, 14 February 2013

Info Lokasi Pusat Rawatan

Sila Hubungi:

1) Hj. Sayed Sharifudin Jamalulail  +6012 2073777
2) Hjh. Marina Mohamad  +6012 661 8355


Semua diagnosis dan terapi akan dilakukan oleh Herbalist KPJ yang bertauliah. Rawatan dan terapi bagi pesakit wanita akan dilakukan oleh Herbalist KPJ wanita. Semua rawatan akan dijalankan di Pusat Rawatan Assayed (sila rujuk alamat dan peta lokasi). 

Senarai Ahli Panel Herbalist KPJ yang terlibat membuat diagnosis dan rawatan:
1. Hj. Sayed Sharifudin Jamalulail (Herbalist KPJ)
2. Hjh. Marina Mohamad (Herbalist KPJ)

3. Sharifah Nabilah (Physician Dip. TCM, MSU) 
4. Us. Hisham Mohamad (Herbalist KPJ)

Untuk membuat rawatan, sila hubungi no. telefon di atas untuk tetapkan temujanji sebelum hadir ke pusat rawatan atau hubungi HOTLINE: +6 012 661 8355

Alamat Lokasi Pusat Rawatan:

PUSAT RAWATAN ASSAYED
No. 41-1, Jalan Adenium 2G/7
Pusat Perniagaan Adenium
Seksyen BB5, Bandar Bukit Beruntung
48300, Rawang
Selangor, Malaysia

Peta Lokasi