Pages

Tuesday, 25 November 2014

Hijamah - Tarikh Hari Sunnah bulan Disember 2014

Adakah saya SIHAT?
Adakah saya mengambil pemakanan yang seimbang?
Adakah saya kurang senaman dan bersukan?
Adakah saya perlu BERBEKAM?

Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum pernah merasai nikmat berbekam.

Ada yang fikir bekam itu hanya untuk orang yang sakit. Memang sudah lumrah orang sakit baru ke hospital. Sebenarnya berbekam juga untuk orang sihat yang ingin terus SIHAT. Inilah hakikat bekam yang anda perlu tahu sebenarnya langkah PENCEGAHAN dari sakit.

Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis.

Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Disember 2014 ini adalah seperti dibawah:-

10 Disember 2014 - 17 Safar (Rabu)
12 Disember 2014 - 19 Safar (Jumaat)
14 Disember 2014 - 21 Safar (Ahad)

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini.
 

Wednesday, 5 November 2014

Hijamah - Tarikh hari sunnah untuk November 2014


Tarikh sunnah untuk berbekam bulan November 2014 ini adalah seperti dibawah:-

10 November 2014 - 17 Muharam 1436 H (Isnin)
14 November 2014 - 21 Muharam 1436 H (Jumaat)

Sila hubungi kami untuk temujanji.



Monday, 3 November 2014

Merawat penyakit

Ada 2 jenis pesakit dalam konteks melihat penyakit yang dialami oleh mereka:-

1. Berfikiran positif, berusaha untuk sembuh dan bersyukur dengan tubuh badan yang lain yang  masih sihat.
2. Pilih untuk merana iaitu dengan menyalahkan takdir, merungut dan menghadkan menghalang aktiviti hidupnya kerana sakit yang dialaminya.

Oleh itu, menyebut perkataan seperti saya tidak sihat atau saya penat dan letih kita sebenarnya sudah menghantar mesej ke otak (minda sedar) dan hati/jiwa (bawah sedar) sesuatu yang negativ dan akhirnya seluruh tubuh akan menjadi lemah. Oleh itu jika kita sakit jangan memberitahu bahawa kita sakit dan mahu orang memahami yang kita sakit tetapi mintalah simpati pada allah dan mengadu kepadanya. Sakit ini mungkin kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan dahulu, kesan kehidupan sosial kita dimasa lalu dan sebagainya. Dengan mengubah kehidupan ke arah yang lebih sihat seperti:

1) Memaafkan orang
2) Membersihkan hati
3) Memakan makanan yang sihat
4) Cukup rehat

Apabila banyak penyakit hati, maka akan senang datangnya penyakit fizikal. Oleh itu kena banyak belajar bagaimana membersihkan penyakit hati.
 
Penyakit fizikal akan hilang bila kita mati. Dan manusia sebenarnya takut bila menghadapi sesuatu penyakit fizikal. Mereka akan mencari dan berjumpa dengan bermacam-macam rawatan dan pakar perubatan untuk merawat penyakit fizikal. Berbeza dengan penyakit hati kerana tidak ramai yang bersusah payah untuk merawat penyakit hati/jiwa yang berkait rapat dengan penyakit IMAN. Malah mereka tidak berusaha untuk merawat dan memulihkan hati, jiwa dan iman mereka.
 
Mulai hari ini, reset minda agar melihat penyakit yang diberikan oleh allah kepada kita, dengan melihat apakah mesej yang allah cuba sampaikan pada kita. Sakit adalah tanda kasih sayang allah kepada hambanya. Apabila kita sakit ada 4 perkara yang allah akan hapuskan daripada kita:-

1) Nikmat kebahagian;
2) Nikmat ketenangan;
3) Nikmat kekayaan; dan
4) Menghapuskan dosa-dosa kita

Bila kita sembuh allah akan kembalikan nikmat no. 1-3 di atas manakala nikmat ke 4 tidak akan dikembalikan dosa-dosa kepada umatnya yang sabar dan redha dengan penyakitnya akan terhapus (kifarah). Pada zaman sekarang manusia terlalu bergantung pada ubat-ubatan dan doktor perubatan untuk mengubati sesuatu penyakit. Sedarlah bahawa allah yang merawat dan dengan izinnya kita akan sihat. Kita perlu berusaha merawat penyakit hati sebelum merawat penyakit fizikal.  



Wednesday, 13 August 2014

Istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan

Bismillah
 
Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan amalan itu berkualiti atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
 
Utamakan perkara fardu
Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah, hendaklah sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu serta menyegerakan qada ibadah seperti puasa untuk memperoleh reda Allah SWT.

Kedua, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan hidayah dan keteguhan iman secara berterusan serta sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana ditekankan oleh syariat Islam.

Ketiga, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat suci al-Quran secara berterusan, berusaha menghafaznya serta dibacakan dalam solat fardu atau sunat. Amalan ini harus dipupuk supaya kita sentiasa berinteraksi, mempelajari, memahami isi kandungan al-Quran.

Rasulullah SAW: “Pertahankanlah dirimu bersama al-Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya al-Quran ini lebih cepat hilangnya daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)    

Keempat, sentiasa berzikir kepada Allah SWT, di samping sentiasa beristighfar kerana ia amalan yang tidak sukar untuk dilakukan dan mempunyai manfaat besar iaitu dapat menguatkan iman serta meneguhkan hati.

Kelima, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah selain berusaha mengenali serta menghayati sejarah hidup Rasulullah, sahabat dan tokoh ilmuwan Islam.

Keenam, sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara mungkar yang boleh merosak dan mematikan hati seperti bersahabat dengan orang yang buruk akhlak, mengeluarkan kata-kata kesat serta lucah kerana ia boleh menyebabkan hati menjadi keras serta sukar untuk menerima hidayah Allah SWT.

Ketujuh, segera bertaubat jika terlanjur melakukan dosa dengan taubat nasuha supaya tidak terjerumus kembali ke lembah kehinaan dan maksiat. Mudah-mudahan dengan melakukan amalan secara istiqamah menjadikan kita insan yang lebih bertakwa. 
 
sumber: berita harian    

Monday, 11 August 2014

Cara buang angin dalam badan

Tahukah anda dengan berbekam boleh membuang angin dalam badan.
 
Jika badan terasa lemah, malas, cepat mengantuk, sering kebas, lenguh-lenguh sendi dan tidak selesa seluruh badan itu tanda berlaku ketidak seimbangan angin dalam badan anda. Angin dikategorikan dalam 3 jenis:-

1. Angin sergah
    - nafas pendek dan cepat letih

2. Angin dalam darah
    - Cepat marah dan emosi tidak stabil

3. Angin dalam sendi
    - Sakit sendi dan sakit pinggang

Punca badan banyak angin:-

- Minum minuman sejuk dan berangin seperti teh.
- Makan makanan berangin seperti nangka, cempedak, tempoyak dsb.
- makan diselang seli dengan air
- makan makanan laut campur makanan darat

Dengan mengamalkan berbekam dapat mengatasi masaalah angin dalam badan. Kerana itu juga wujudnya bekam angin selain daripada bekam basah iatu darah. Ia dapat mengimbangkan unsur angin dalam badan kita.

Hijamah - Tarikh hari sunnah untuk bulan Ogos 2014

Saya SIHAT dan rajin BERSUKAN.
Adakah saya perlu BERBEKAM?

Persoalan yang sering diajukan setiap kali pelanggan menghubungi kami untuk mendapatkan rawatan. Pastinya mereka ini belum  pernah merasai nikmat berbekam.
 
Ada yang fikir bekam itu hanya untuk orang yang sakit. Memang sudah lumrah orang sakit baru ke hospital. Sebenarnya berbekam juga untuk orang sihat yang ingin terus SIHAT. Inilah hakikat bekam yang anda perlu tahu sebenarnya langkah PENCEGAHAN dari sakit.

Umpama seperti anda servis kereta setiap tempoh tertentu walaupun ia tidak rosak. Ini kerana kos servis kereta lebih murah berbanding kos membaiki kereta yang rosak kerana tidak diservis!

Tarikh sunnah berbekam untuk bulan Ogos 2014 ini adalah seperti dibawah:-

13 Ogos 2014 - 17 Syawal (Rabu)
15 Ogos 2014 - 19 Syawal (Jumaat)
17 Ogos 2014 - 21 Syawal (Ahad)



Sihat badan dan sihat minda

Perasaan marah adalakalanya tidak dapat dikawal kerana mungkin dipengaruhi dengan adanya perasaan kecil hati, sakit hati, cemburu atau disebabkan faktor persekitaran di tempat kerja mahupun di rumah. Jika tidak dapat mengawal diri, seseorang mungkin bertindak di luar kewarasan fikiran dan kejadian yang tidak diingini mungkin terjadi.

Tahukah anda sebenarnya kemarahan boleh dikawal. Ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana ia mahu mengawal kemarahan tersebut secara positif atau pun negativ. Mereka yang mampu mengawal kemarahan akan bertindak lebih rasional serta mampu mengawal dan memperbaiki keadaan. Tanganilah permasalahan tersebut dalam keadaan tidak terburu-buru dan belajar erti redho pada kejadian yang berlaku samaada baik mahupun buruk. Cuba belajar bertindak lebih tenang dan biasa sahaja kerana kalau kita yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku itu. Tetapi jika seseorang itu tidak dapat mengatasi kemarahan dan tidak redho pasti lambat laun akan mempengaruhi emosi dan tindakan malah akan menganggu kesihatan diri seperti berkemungkinan akan menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, paras gula akan meningkat dsbnya. Oleh itu, penting untuk kita mengawal emosi marah kerana ia berkait rapat dan mempengaruhi kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.

Kita hendaklah sentiasa selalu bersyukur, menjadi pemaaf dan bahagia terhadap apa jua kejadian yang menimpa pada diri tidak kiralah samaada ianya baik atau pun sebaliknya. Kematangan diri dalam mengawal kemarahan mencerminkan kematangan psikologi seseorang kerana ia berupaya tidak membiarkan diri di kawal oleh keadaan.