Pages

Tuesday, 12 March 2013

Ilmu mendorong untuk semangat beribadat

Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu mendorong seseorang rajin dan bersemangat dalam hidup. Ilmu mengenai fadilat dan kelebihan ibadat menjadikan seseorang itu rajin dalam menunaikan ibadat. Begitu juga bagi yang mengetahui ilmu fadilat serta kelebihan solat sunat yang juga sunnah Nabi Muhammad akan bersungguh melaksanakannya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Solat paling berat orang munafik ialah solat Subuh dan Isyak. Jika mereka mengetahui apakan ganjaran pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak.”

Betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai pendorong untuk melakukan kebaikan dengan keyakinan bakal mendapat ganjaran baik. Islam itu indah apabila umat Islam menjadikan iman untuk memandu diri serta mencari ilmu pengetahuan untuk memajukan diri.

Jom Bersedekah


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatkan gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya. (al Baqarah ayat 261).

Monday, 11 March 2013

Doa


Nasib boleh berubah jika ada usaha perbaiki diri.

Segala peristiwa dan kejadian yang berlaku terhadap insan sama ada kecil atau besar, mudah atau susah, semua sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Jika takdir ini telah ditetapkan maka timbul persoalan adakah ketetapan itu boleh berubah menerusi doa.

Hendaklah ditegaskan bahawa perintah untuk berdoa bersumberkan daripada Allah SWT seperti mana firman-Nya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghaafir, ayat 60).

“Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan." Surah al-Nahl, (ayat 61)

Jika amalan berdoa ini tidak mampu mengubah nasib seseorang insan, mana mungkin Allah SWT menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu perbuatan sia-sia. Firman yang lain, Allah SWT turut memerintahkan hamba-Nya berusaha memperbaiki diri dan tidak hanya menyerah urusan hidup kepada takdir-Nya.

Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Takdir boleh berubah ikut usaha kita, insyallah.

Cermat dalam urusan dunia

Alangkah indah jika umat Islam hidup dengan penuh sederhana, harmoni dan saling memahami serta membantu dalam urusan dunia.

Firman Allah SWT: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaanmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).

Melalui sifat berjimat cermat dalam urusan dunia, umat Islam akan saling memberi manfaat dan bukannya bertelingkah. Bahkan, jika orang Mukmin saling berbalah, yang terbaik ialah dengan mendamaikan kedua-duanya bukan memenangkan salah satunya.

Wednesday, 6 March 2013

Varicose Veins

Bila ada gangguan pembuluh darah (vena) pada area betis dan sekitar kaki seperti bengkak, berpintal, terasa sakit, pengaliran darah yang kurang normal dan urat yang timbul di permukaan kulit, anda sedang mengalami penyakit yang dikenali sebagai “varicose vein” yang terdapat pada kaki. Jika tidak diubati akan mengakibatkan komplikasi dikemudian hari terutamanya jika kita berdiri dalam jangka waktu yang lama. Anda boleh mencuba memakai stokin khusus ataupun berjalan kaki selama 20-30 minute. Lebihan berat badan juga salah satu sebab dan disarankan untuk menurunkan berat badan. Antara simptom bagi masalah Varicose veins adalah seperti dibawah:-
  • kaki terasa sengal, lenguh, sakit dan berat
  • pembuluh darah berwarna kehijauan dan kebiru-biruan
  • kulit kemerahan, gatal-gatal dan kesakitan
  • kaki kejangan apabila bergerak dengan cepat seperti berdiri
  • kulit di atas buku lali menjadi semakin tegang lemak di bawah kulit menjadi keras
  • sejuk pada kaki (betis hingga ke tapak kaki)
Jangan mandi dengan air panas kerana akan mengakibatkan pembuluh darah membesar. Jika harus duduk untuk jangka waktu yang lama, cubalah lakukan seperti menarik jari-jari kaki menjauh dari lantai untuk melatih otot betis. Ini dapat membantu aliran darah untuk kembali ke kaki dan mengembalikan tekanan darah menuju vena yang biasanya didapati ketika kita berjalan atau berenang.

Varicose veins adalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal dan timbul.

Dengan rawatan akupuntur dapat mengatasi masaalah ini. Selain dapat melancarkan pengaliran darah, ia juga mengaktifkan saraf, menstabilkan tenaga meridian dan memberi kelegaan kepada pesakit. Ia juga adalah rawatan terbaik selain daripada mengambil ubat tahan sakit. 

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan ini. 

Sunday, 3 March 2013

Doctor terbaik

doctor terbaik bagi kita siapa?
sudah tentu jawapannya : Rasulullah SAWkan.
pengubatan yang beliau wariskan utk kita sgt rasional. Tiada kesan sampingan jauh sekali memudaratkan tubuh badan. Selain doa dan kombinasi pemakanan sihat spt habatussauda, kismis, delima, madu, kurma dan zaitun. Nabi kita juga mengamalkan berbekam.
Hari yg baik utk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan dlm kalender islam.